Blog syed-othman.blogspot.com
Harapan peneroka kampung setinggan sekitar pasir gudang untuk mendapatkan hak milik tanah yang dijanjikan berpuluh tahun dulu hatta telah melalui masa hampir beberapa pilihanraya umum tetapi janji yang diungkap oleh pemimpin pujaan parti keramat melayu masih gagal ditunaikan.Yang sedih dan pilunya ada sebahagian yang menunggu sudahpun meninggal dunia gara-gara gagalnya janji dicapati.
Akhbar Sinar harian dalam beritanya hari ini melaporkan sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.
Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13,
Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,”
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.
“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian. Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.
“Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.
Kekecewaan yang digambarkan oleh pencacai kuat UMNO pasir gudang yang diwawacara akhbar sinar harian boleh diistilahkan dengan beberapa makna.Penulis amat arif dengan pael-pael dan tarbiat pencacai yang sudah berkurun mengunakan tipu helah yang sama bila hampirnya dengan PRU.
Masih subur dalam ingatan penulis semasa Pru12 yang lepas perkara seumpama ini pernah terjadi hingga beberapa pemimpin utama cawangan sanggup membubarkan cawangan mereka untuk menyokong PAS kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh kepimpinan bahagian dan akhirnya semua auta belaka.
Kenapa mereka bertindak sedemikian?Perkara paling besar ialah dana yakni wang ringgit,ahli umno serta penyokong tegarnya kalau tiada wang dijanjikan,kerja sudah tentu tidak akan dibuat.Mungkin wang yang dijanjikan tidak muncul dan satu lagi ada berbalahan sesama mereka.
Beberapa bulan lalu,sinar harian pernah melaporkan di muka depan Yb khalid Nordin ahli parlimen pasir gudang menuntut geran tanah yang dijanjikan oleh MB kepada penduduk setinggan.Tindakan Khalid ini kononnya menunjukkan simpati dan ikhlas berjuang untuk penduduk setinggan di pasir gudang yang merupakan pengundi teramai tetapi kenapa baru sekarang muncul membela nasib penduduk setinggan padahal masalah ini telah berkurun lamanya tiada jalan penyelesaian.Ini hanyalah sketsa lakon layar yang perlu dipersembahkan untuk di sajikan dikhalayak pengundi pasir gudang agar tidak tersepit ketika kempen PRU13 nanti.
Umum juga mengetahui Yb khalid Nordin adalah antara saingan calon untuk jawatan Mb baru.Jadi perebutan tahta kian sengit dan tindakan jelas salah satu faktornya untuk mengugat kedudukan Hj Ghani.
Penulis teringat satu majlis yang digembar-gemburkan oleh UMNO pasir gudang.Majlis penyampaian borang 5A yang diadakan di kampung sepakat kampung setinggan yang terletak ditengah bandar masai.Majlis penyampaian borang 5A yang disampaikan sendiri oleh khalid.Borang 5A itu hanyalah borang pemilikan sementara atas tanah kediaman tetapi bukan pemilikan kekal.Majlis yang dapat liputan media itu memaparkan sebilangan wargaemas yang ditemuramah menzahirkan kegembiraan mereka kepada kerajaan UMNO setelah menunggu sekian lama tanpa mengetahui apa sebenarnya mereka terima.
Hakikatnya mampukah Hj ghani menunaikan janji-janji yang telah ditaburkan kepada penduduk setinggan ini?Meminjam ayat-ayat ketua cawangan UMNO plentong...“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.
Pengurniaan tanah itu bukan seluas sekangkang kera,ia melibatkan hampir 10 kampung tradisi setinggan dan melibatkan 10 ribu penduduk.Dalam jangka masa singkat untuk mendesak MB untuk mengurniakan tanah adalah satu perkara yang agak mustahil.Tapi hakikatnya isu bukan kerana janji dicapati tetapi ia adalah perebutan untuk duduk di kerusi empuk Menteri besar Johor.
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan