"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bagi Mereka Yang Belum Pernah Ke Kelantan

halimislam

Bila sahabat-sahabat ana dari luar terutamanya dari Kuala Lumpur, Johor Bharu, Melaka Perak dan Kedah mula menjejakkan kaki ke Kota Bharu, satu perkara yang jelas di mata mereka apabila melihat Kelantan tidak seperti yang tergambar di dalam kepala mereka selama ini.


Mundur tanpa pembangunan. Miskin dengan rumah seperti pondok usang. Primitif dengan penduduk mandi dan buang air besar di dalam sungai. Dan, sana sini penuh dengan manusia merempat, selekeh dan “gedebe”.

Apa pun itulah hakikat yang ada di kepala orang luar selama ini. Tinggal Kuala Lumpur untuk tempoh yang lama, anda mungkin juga sama seperti kebanyakan orang lain, telah mendapat gambaran yang kurang tepat mengenai negeri tanah airku Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Anda belum berkesempatan untuk merayau ke seluruh jajahan. Sekiranya Kota Bharu Bandar Raya Islam dijadikan ukuran, Kelantan tidaklah seteruk mana seperti media massa burukkan dan anda andaikan selama ini. Tambah lagi media Malaysia seratus peratus dikuasai oleh kerajaan UMNO yang lebih mementingkan perut sendiri daripada rakyat.

Kelantan sebenarnya ada banyak pasar raya yang menawarkan beraneka barangan dan perkhidmatan. Dua tiga pusat membeli belah temoden pula sentiasa penuh sesak di hujung minggu. KB Mall di jalan Hamzah tidak kurang hebatnya dengan Plaza Bukit Bintang di KL. Cuma bezanya di KL ramai yang berpakaian seperti tidak cukup kain. Selanjutnya sini

Tiada ulasan: