"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nazri Aziz: SYYY... Jangan Kantoikan Saya

Blog burungmerbok.blogspot.com

Di kampung-kampung dan di kawasan tanah rancangan Felda khabarnya UMNO giat menjalankan ceramah tentang kalimah Allah. Mereka mendakwa DAP, PAS dan PKR kini persendakan Islam. Kata mereka PAS sanggup mengiyakan permintaan DAP untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible walaupun semua sedia maklum bahawa Majlis Syura Ulama PAS sudah buat keputusan menolak penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam.


Tapi puak-puak UMNO ini tetap ingin menipu penduduk kampung dan penduduk Felda. Pimpinan Pakatan Rakyat jangan pandang remeh hal ini. Mesti cepat bertindak.

Keratan ini merupakan bukti paling kuat bahawa Menteri UMNO Datuk Seri Nazri aziz pernah mengeluarkan kenyataan tahun 2010 lepas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Klik pada gambar untuk besarkan
Yang ini UMNO sorokkan. Harap kita semua dapat war-warkan dan sebarkan kenyataan Nazri Aziz ini agar semua rakyat dapat maklumat sebenar perangai UMNO yang suka berpura-pura.

Tiada ulasan: