"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi Nasharuddin bersama Najib, kali ini di Gaza

laniismaa
Najib-Gaza-Ismail-Haniyeh
TV3 sebentar tadi melaporkan tentang Najib yang mengadakan lawatan ke Gaza. Visual yang ditunjukkan, kelihatan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS ada di sebelahnya.


Mungkin Nasharuddin menjadi penterjemah Najib di sana, seperti yang dikatakan sebelum ini apabila Nasharuddin bersama Najib di Mekah. [SINI]

Minat juga Najib kepada Nasharuddin untuk menjadi penjemahnya dan minat pula Nasharuddin menjadi penterjemah Najib. Entahlah, betul-betul menjadi penterjemah atau ada udang di sebalik batu. Juga mungkin tidak ada dalam UMno yang mempunyai lughah Arab sebaik Nasharuddin.

Nasharuddin Mat Isa dilaporkan bersama-sama dalam rombongan Najib ke Gaza yang diterajui oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling, Azeez Abdul Rahim. Turut sama dalam rombongan tersebut adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin.

Mungkin ada kejutan yang tak mengejutkan dari Nasharuddin dan Zulkifli Noordin selepas parlimen bubar nanti!!

Tiada ulasan: