Bashir Ishak


KANGAR: Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menjelaskan bahawa beliau bukanlah pemilik kereta Porsche Cayman bernombor pendafataran WWF 3000 seperti yang hangat diperkatakan dalam beberapa laman blog yang tersiar di internet.
Sebaliknya menurut beliau, kenderaaan tersebut yang didaftarkan atas nama beliau adalah milik anaknya, Faiz yang telah membelinya menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada beliau selaku wakil rakyat.

"Anak saya merupakan seorang ahli perniagaan dan membeli kereta tersebut menggunakan AP saya, jadi kereta Porsche itu tak ada kena mengenapun dengan dakwaan nakal yang cuba mengaitkannya dengan saya mahupun dengan PAS sendiri," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan