Walaupun isiu penarikan sabsidi disel , RON95 dan kenaikan harga sudah berlalu , izinkan saya memberi sedikit pandangan. Tak tahan saya mendengar muntahan propaganda dari media kerajaan.
Saban hari tindakan menarik balik sabsidi keatas RON95 dan Disel dianggap sebagai tindakan yang bijak. Ketua penerangan UMNO menyebut tindakan tersebut sebagai mengembalikan keyakinan pelabur asing keatas kemampuan PM mengurus ekonomi negara. Mana bukti nya Wak Maslan?
Saban hari radio menyebut Najib sebagai bapa transformasi sebaris dengan bapa pembangunan, bapa kemerdekaan, bapa indusrialisasi dan sebagainya. Pak Lah bapa apa kita tak tahu. Mungkin bapa Islam hadhari. Pujian ini berhenti sebelum menyebut Najib sebagai genius sahaja. Lama kelamaan kalau sudah tidak ada gelaran, mahu Najib disebut sebagai nabi. Pujian bodoh macam ini bukan sesuatu yang pelik kalau pemuji itu orang UMNO.
Penarikan sabsidi ini hanya menjimatkan negara RM3.3. billion sahaja. Semasa pak lah menaikkan RON97 pada tahun 2008 dahulu- savings yang distiharkan ialah 13.7 billion. Apa yang telah dilakukan oleh Pak Lah ketas jimatan sebanyak RM13.7 billion ini?
Jadi saya heran bagaimana Najib yang menjimatkan RM3.3 billion setahun dengan Pak Lah yang menjimatkan RM13.7 billion, Najib dikatakan pengurus ekonomi Malaysia yang lebih baik? Itupun, Pak Lah mengurus ketika sedang tertidur tidur. Najib pun tak tidur.
Ini kerja bingung sebetulnya. Penarikan sabsidi 20 sen keatas minyak petrol dan disel itu disifatkan dan digambarkan sebagai ubat penawar kepada keadaan ekonomi Malaysia yang buruk. Jangan kita terpeganruh dengan pembohingan pihak pentadbiran.
Jangan kita hiraukan sangat PhD Kangkung yang menyatakan analisa yang dibuat oleh Fitch Rating sebagai analisa budak hingusan. Pegawai tinggi kerajaan yang sombong yang berkata demikian, kita tak tahu dalam displin apa latihan nya. kalau keadaan ekonomi kita buruk, mengaku sahajalah dan sebut kita sekarang perlu berjimat.
Berjimat sebetulnya penawar masaalah ekonomi kita. Hanya -janganlah cuba mempropagandakan pengurangan sabsidi sebagai ubat penawa nya. Kita hanya jimat RM3.3 billion setahun. Bayar BR1M 1500 seorang kepada 3 juta orang akan menyebabkan kita berbelanja RM4.5 billion. Jadi hanya dengan memBR1Mkan negara ini, kita sudah belanja lebih dari penjimatan yang diperolehi daripada penarikan sabsidi disel dan petrol.
Sayang sekali takde pun pemimpin kerajaan apatah lagi UMNO menyebut tentang perbelajaan keatas projek2 mega. Pejabat Perdana Menteri sendiri menggunakan RM14billion setahun. Kita potong setengah, sudah menjimatkan RM7 billion. Mansuhkan program Permata, kita jimat RM1 billion lagi. Kalau kita mahu berjimat, mulakan dengan pejabat perdana menteri.
Tamatkan khidmat semua consultants. Tidak adakah graduan yang menjadi MCS officers yang boleh membuat kajian seperti para consultants? Penamatan khidmat consultants akan menjimatkan wang negara.
EPP13 dibawah kementerian Perdagangan Dalam Negeri iaitu wellness projek yang dijalankan oleh PDP Country Heights akan berbelanja RM3.2 billon. Ini projek PFI atau apa? kalau PFI pun kerajaan juga yang akan memberi pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
Adakah projek ini meningkatkan kesejahteraan orang kampong? Adakah kita akan menyaksikan oang kampong berduyun duyun pergi ke Wellness Village Country Height seluas 80 hektar lebih itu, untuk menjalani rawatan massage, botox dan pembedahan plastic dan sebagainya? Jika RM3.2 billion ini dibelanjakan keatas memberi mikro kredit kepada pemuda dan pemudi kampong membangunkan tanah, macam mana?
Maka janganlah menyifatkan penarikan sabsidi 20 sen itu sebagai penyelamat atau panacea daripada incompetence kerajaan Najib mengurus ekonomi negara. Najib tidak sedar, terdapat disillusionment dikalangan pegawai kerajaan dengan cara Najib mengontrakkan pengurusan dan pencetusan idea mebangunkan negara ini kepada pasukan consultants. Saya berarap pada PRU yang akan datang, pegawai kerajaan yang ramai ini akan mengundi masuk sebuah kerajaan yang baru.
Sekarang ini, akibat dari kenaikan disel dan petrol sebanyak 20 sen, rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang menyeluruh. Bahkan roti canai pun naik 20sen.
Mengapa pihak kementerian berwajib tidak memantau perkara ini? Harga tepung naik 20sen ke? Satu kilo tepung AP( all-purpose atau General purpose boleh menghasilkan 30-35 keping roti canai. Jadi bagaimana sekeping roti canai naik 20sen? Walaupun dissel naik 20sen, berapa tan tepung yang boleh diangkut? unit Kos pengangkutan hanya minimal.
Gula pun naik. Harga ikan pun naik lagi. Harga beras pun naik.
BN-Barang Naik.
sakmongkol AK47
Tiada ulasan:
Catat Ulasan