"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib panggil Mukhriz, desak tarik diri


Blogger Umno Syed Akhbar Ali hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir petang tadi.

Menurut Syed Akhbar, Najib telah menghantar kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada Mukhriz berhubung pertemuan tersebut.

"Berbagai teori timbul berikutan perjumpaan tersebut antara tujuannya ialah meminta Mukhriz untuk tidak bertanding
"Hasrat Mukhriz untuk bertanding akan menjejaskan pakatan Najib yang bukan saja mengoyahkan kedudukan Hishamuddin malah Zahid Hamidi, Ali Rustam termasuk Shafie Afdal," kata Syed Akhbar di laman blognya merujuk kepada penyandang dan bakal calon naib presiden Umno.

Menurut Syed Akhbar, diantara teori lain ialah Mukhriz sendiri yang meminta mengadakan pertemuan bagi meminta nasihat mengenai hasratnya bertanding jawatan naib presiden Umno.
Syed Akhbar dalam blognya turut menyatakan sokongan terhadap anak kepada bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Terdahulu The Malaysia Insider melaporkan Menteri Besar Kedah itu menyatakan hasrat bertanding merebut jawatan itu.

Hasrat Mukhriz itu bagaimanapun menjejaskan pakatan Najib yang mahu penyandang naib presiden Umno dikembalikan pada pemilihan akan datang.

Mukhriz dilaporkan menerima sokongan sebulat suara daripada pemimpin Umno bahagian di peringkat negeri untuk bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Melayu terbesar itu pada Oktober ini.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat menteri besar Kedah itu dengan pemimpin bahagian malam tadi.

“InsyaAllah, saya akan membuat pengumuman pada Khamis,” kata Mukriz kepada pemberita malam tadi.


DIYANA IBRAHiM
MALAYSIANINSIDER
– 18 September, 2013.

Tiada ulasan: