laniismaa
Rozita_Che_Wan Kita ‘syukurlah’ kerana ada artis yang begitu faham benar dengan fungsi baju ketat. Tak sia-sia pengetahuannya untuk dikongsi bersama peminatnya. Jarang-jarang artis yang nak berkongsi rahsia besar begini tetapi hari ini dia mendedahkannya.
Rozita Che Wan atau Che Ta mendedahkan rahsianya yang selalu berpakaian ketat. Dapat membantu mengekalkan berat badan di mana lebih mudah untuk dia mengesan berat badannya naik jika baju yang dipakai itu tidak muat.
“Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.
“Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh,” katanya kepada mStar Online.
Eloklah, boleh dijadikan rujukan peminatnya untuk sama-sama berbaju ketat. Semakin tua, semakin ketat lagi baik, tak payah kira sangat tentang larangan agama, asalkan boleh berbaju ketat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan