"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkini : Rejim Tentera Mesir Perintahkan Syeikh Al-Qaradhawi Ditangkap


Pemerintahan kudeta tentera Mesir melalui peguam agung mengeluarkan surat perintah penangkapan ke atas Syeikh Yusuf Al Qardhawi. Syeikh Al Qardhawi adalah ulama yang lahir di Mesir yang tinggal dan berkewarganegaraan Qatar.

Surat khabar Al Sharq Al Awsat (20/9) melaporkan, Hisham Barakat, Peguam Agung Mesir mengeluarkan perintah penangkapan Syeikh Yusuf Al Qardhawi dengan tuduhan telah melakukan provokasi untuk berjihad melawan tentera Mesir, permintaan untuk dilakukannya campur tangan asing, merancang penghinaan dan melemparkan tuduhan pembunuhan para penunjuk perasaan kepada tentera Mesir dalam rancangan yang disiarkan stesen televisyen milik Qatar, Aljazeera.

Syeikh yang juga Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa itu telah menetap di Qatar lebih dari 40 tahun dan memperoleh kewarganegaraan dari negara tersebut. Sejak muda beliau pernah dipenjara oleh rejim tentera Mesir sebelum akhirnya mengajar di Arab Saudi dan Qatar. Selain itu, beliau juga adalah anggota Haiah Kibar Ulama Al Azhar Mesir.
Gambar menunjukkan Syeikh Yusuf Qardhawi tiba di Mesir untuk memimpin solat Jumaat di Dataran Tahrir di Kaherah 18 Februari 2011 lalu.

1 ulasan:

cdinkb berkata...

Nampaknya Mesir menuju kehancuran dengan menjadi kuda tunggangan Israel.Tunggu bala Allah swt ke atas tentera dan polis Mesir dan sekutunya.Doakan keselamatan untuk Syeikh Dr Yusof Qardawi.Amin.