"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mohon bantuan selamatkan 2 beradik yang hilang ini (Gambar)

Mhafizuddin
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu diwakili Pengerusi Lajnah Kebajikan, Ustaz Abdul Kadir bersama Nurpais Ismail, Pengerusi Lajnah Ekonomi telah menziarahi seorang bapa yang kehilangan dua orang anaknya.

Bapa berkenaan Muhd Shah Abdullah berasal dari Johor dan kini menetap di Jalan Ipoh, di sini.

Anak beliau, Nordiana Shafiza, 10, dan Muhd Shafiz Denial, 8, telah hilang sejak bulan Jun yang lepas. Kali terakhir 2 kanak-kanak itu dipercayai berada di 7 Eleven Batu 3, Jalan Ipoh.

Lebih malang lagi, isterinya telah mengalami kemurungan yang teruk dan telah keluar dari rumah. Sehingga kini masih belum diketahui dan tidak mendapat khabar berita tentang isterinya.

Buat sementara waktu, Muhd Shah bersama 2 lagi anak kecilnya yang berusia masing-masing 2 tahun dan 11 bulan telah menyewa sebuah bilik di Chow Kit.

Semasa ziarah tersebut kelmarin, beliau sangat memohon jasa baik semua pihak untuk membantu mencari anak-anaknya yang hilang itu dan kisahnya pernah tersiar dalam akhbar arus perdana.

Jika terlihat atau terserempak dengan anak-anaknya, boleh terus menghubungi Balai Polis Jalan Ipoh atau menghubungi Abdul Kadir Manap di talian 019-6742943.

Tiada ulasan: