"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MSO hentam Zahid Hamidi cukup-cukup ha.. haa...ha Mesti Baca!!

Di kejauhan ini saya tetap mengingati negara tercinta. Kepada beberapa negeri yang sedang dilanda banjir dan penduduknya sedang diuji oleh Allah diharap banyak bersabar dan bermujahadah. Teringat juga kepada politik di Malaysia. Walaupun saya seharusnya tidur awal untuk meneruskan perjalanan esok tetapi berita yang saya baca menjadikan mata saya keras, hati juga panas meleking.

Rasa menyesal pula bila akses internet menyebabkan saya terbaca berita yang saya kira sangat buruk, jahat dan terkeluar daripada seorang mulut manusia yang penuh pembohongan dan fitnah. Seorang manusia yang berasa dirinya sudah besar dan hebat, dan mula diratib oleh kawan-kawanya bakal menjadi perdana menteri. Cis, kalau beginilah bakal pemimpin masa depan Malaysia.

Berita itu ialah tentang saranan Naib Presiden Umno keturunan Jawa, bernama Zahid Hamidi yang meminta menteri agama Jamil Khir Bahrum menangkap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana dikatakan berfahaman Syiah.

Manusia Zahid ini membuat cadangan itu ketika menggulung perbahasan di hari akhir persidangan Umno. Katanya seperti mana dipetik daripada laporan, dia serahkan kepada Jamil Khir untuk bertindak ke atas Mohamad Sabu.

Apakah si Zahid ini sudah mempunyai bukti-bukti jelas sehinggakan membuat arahan terbuka begitu atau sekadar nak tunjuk berani? Begitukah? Kalau pun beliau ada bukti cara yang dilakukan sangatlah dangkal.

Cara Zahid mengarah Jamil Khir itu tak ubah sama dengan Rosmah Mansor mengarah Najib Razak melakukan hal-hal tertentu. Apakah Zahid sekarang ini sudah mereng atau senteng sehingga sanggup membuat arahan itu? Kalau pun beliau mahu ditepuk dalam Perhimpunan Agung Umno untuk mempamerkan dialah terhebat, tetapi kenapa menggunakan isu Syiah dan melibatkan orang nombor dua PAS? Apakah dia tidak tahu apa yang disebutkan itu menyentuh peribadi PAS? Mohamad Sabu adalah Timbalan Presiden PAS bukan naib presiden sepertinya?

Cara Zahid itu bukan saja angkuh dan sombong tetapi ia melukai hati orang-orang PAS khasnya para pendokong Mohamad Sabu. Tidak sepatutnya seorang yang menampakkan dirinya sebagai berkeperibadian Islam, berlatar belakang pendidikan sekolah Arab, membuat tuduhan jahat sebegitu. Cara Zaid itulah menyebabkan orang kafir meragui kepada keperibadian orang Islam seperti Zahid kerana ia sanggup melempar fitnah kering, menghukum sebelum bicara. Ia memberi kesan orang kafir akan menganggap semua orang Islam persis anak Jawa Bagan Datoh ini.

Seperti mana difahamkan Mohamad Sabu sedang berunding dengan peguamnya untuk mengambil tindakan ke atas manusia Zahid itu. Teruskan, orang yang berlagak dan sombong seperti Zahid ini perlu diajar secukupnya. Kalau Mohamad Sabu amabil tindakan bukan untuk dirinya saja, tetapi demi menjaga dan membela maruah PAS juga.

Tindakan perlu bagi mengingatkan si Jawa itu. Jangan dia ingat Umno adalah berkuasa penuh. Sesekali dia kena perlu diberi tahu bahawa kuasa dalam Umno tidak akan ke mana. Hari ini dia berasa seronok dan sombong kerana dianggap sebagai naib presiden tertinggi. Tetapi beliau jangan angkuh dan mudah lupa daratan, kekuasaan dan pangkat dalam politik boleh hilang sekelip mata sahaja. Sudah banyak orang yang lagi hebat daripadanya yang sudah berada di pinggir kekuasaan tetapi tercabut rahmat.

Jangan kerana dia berasa menang dengan seorang budak lelaki (yang mengorat anaknya yang menjanda) dikatakan ditumbuk mukanya budak itu sehingga renyok penyeyut maka beliau harus merasakan dia lepas. Anak Jawa itu kena ingat bahawa hari-hari mendatang belum tahu lagi milik siapa. Perwakilan Umno akan memberi sokongan dan undi bila mereka diberikan dedak dan umpan, tetapi selepas dedak dan umpan tiada, tidak akan siapa yang angguk bertepuk dan bersorak. Akan tinggalkan kamu seperti alu yang lesungnya yang induknya berlubang.

Kita tunggulah apa yang akan berlaku seterusnya. Percaya dan yakinlah si pengkhinat dan munafik tidak akan dapat bertahan lama. Zahid boleh melindungi kejahatan dan munafiknya kepada budak-budak Umno baru tetapi orang Umno yang sudah berumur tahu akan sifat munafik Zahid ini dan juga macam mana sepak terajang politiknya. Saya juga ada menyimpan kisah dan cerita tersendiri mengenai orang ini mungkin sudah sampai masa untuk saya mengisahkan di sini. 

2 ulasan:

Unknown berkata...

Mana kehebatan orang Bugis nak lawan dengan si Jawa ni. Si Bugis tu pondan ke apa? Kalau Bugis tu betul-betul handal, tendang saja si Jawa tu!

PokAmid berkata...

Dia tunjuk hero depan kaum yang makan dedak dan umpan!!!

Tak terasa hina ke bila dipandang serendah itu?

Mereka dihina kerana perangai mereka juga.