"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Awas!! Anda Dilarang Mati Di 4 Tempat ini


Selongkar Kematian merupakan sebahagian dari takdir yang pasti akan dihadapi oleh setiap makhluk hidup, tapi apabila kematian itu menjadi perkara terlarang, maka mungkin sebahagian dari kita menganggap hal tersebut sangat tidak masuk diakal.

Meski begitu, percaya atau tidak, ternyata ada beberapa tempat di beberapa bahagian dunia yang melarang kematian, bahkan kematian di tempat tersebut dianggap sebagai sesuatu kesalahan.

Berikut ini, kita akan melihat beberapa tempat dimana kematian menjadi sesuatu yang terlarang.

1. Itsukushima, Jepun.
Dalam ajaran Shinto, pulau Itsukushima dianggap sebagai pulau yang suci, dan kesuciannya masih dijaga dengan rapi hingga saat ini. Para sami di Itsukushima bekerja keras untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang meninggal di pulau mereka. Mereka lakukan sejak tahun 1887 silam.

Di tempat tersebut, wanita hamil yang akan segera melahirkan harus meninggalkan tempat tersebut dan melahirkan anaknya di tempat lain. Perkara yang sama juga berlaku untuk orang tua atau mereka yang sedang sakit keras.

Satu-satunya kematian yang berlaku di tempat tersebut hanya terjadi semasa peperangan Miyajima tahun 1555, di mana jeneral yang memenangi perang itu terus menyuruh untuk membuang seluruh mayat yang ada dari pulau tersebut. Tidak hanya mayat, mereka juga membuang tanah yang telah tercampur dengan darah dan mencuci seluruh rumah penduduk yang ada.

2. Longyearbyen, Norwaay.
Bandar Longyearbyen yang terletak di pulai Svalbard, Norway, juga memiliki tradisi yang sama dengan Itsukushima, dimana kematian merupakan sesuatu yang terlarang. Dan bandar yang hanya memiliki sedikit tanah perkuburan ini telah menolak pengkebumian baru sejak 70 tahun lalu.

Namun berbeza dengan Itsukushima, alasan penduduk menolak kematian disebabkan kerana mayat yang dikubur di tempat ini tidak pernah membusuk. Sebaliknya mayat yang dikuburkan terawetkan dengan rapi kerana suhunya yang terlalu sejuk dan mayat yang dikuburkan tidak akan mereput. Bagi ibu hamil dan orang yang sakit kuat akan dipindahkan ke bandar lain.

Sebelumnya, pengkaji pernah menemukan mayat seorang lelaki yang dikubur di sana dan mendapatkan jejak virus flu yang menyebabkan kematiannya pada tahun 1917 yang lalu

3. Falciano del Massico, Italia.
Berbeza dengan dua bandar di atas tadi, penduduk di Falciano del Massico tidak diizinkan mati di sana bukan kerana alasan lingkungan dan kepercayaan tetapi disebabkan kerana memang tidak ada ruang yang kosong untuk dijadikan tanah perkuburan.

Peraturan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Bandar setempat akibat kes hak sengketa tanah perkuburan dengan bandar jiran yang terjadi sejak tahun 1964.

Datuk Bandar sendiri kini memutuskan membangun sebuah kompleks pemakaman yang baru, namun hingga kompleks pemakaman tersebut selesai, penduduk diperintahkan untuk menunda kematian mereka.

4. Sarpourenx, Prancis.
Peraturan yang melarang seseorang meninggal kembali dikeluarkan oleh Datuk Bandar Sarpourenx, sebuah bandar kecil di sebelah barat daya Perancis. Keputusan tersebut diambil selepas mahkamah Perancis menolak kebenaran untuk membesarkatanah perkuburan yang sedia ada.

Menariknya, tindakan yang diambil oleh Datuk Bandar Gerard Lalanne agak lebih melampau di mana beliau bukan sahaja melarang mati, tetapi mereka bersedia untuk mati di tempat yang akan tertakluk kepada kelulusan. Walaupun begitu, ia adalah tidak jelas apa sekatan akan dikenakan jika terdapat penduduk melanggar.

Tiada ulasan: