"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Waytha akan letak jawatan timbalan menteri, senator sebab janji sudah dicapati

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak jawatan daripada semua jawatan dalam kerajaan dan Dewan Negara Isnin depan.
Penasihat Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), N Ganesan berkata ia ekoran keputusan sebulat suara jawatankuasa pusat hari ini.

"Ya, benar, (Waythamoorthy akan berhenti)," katanya dalam satu mesej teks.

Menurut Hindraf Pulau Pinangf, Waythamoorthy dijangka meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan senator pada hari Isnin.
"Ia ekoran BN telah gagal memenuhi janji-janji dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara BN dan Hindraf."

PHM telah menandatangani MOU dengan BN sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013.

Tiada ulasan: