"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis manis ini hilang sejak lima hari lalu, ada sesiapa yang tahu kat mana dia?

Keluarga resah anak gadis hilang sejak lima hari lalu
JASIN: Sepasang suami isteri dari Jasin, Melaka bimbang akan keselamatan anak gadis mereka yang hilang sejak lima hari lalu.

Keluarga berkenaan menyedari kehilangan anak mereka, Mastini Azmi, 19, selepas tidak hadir ke kuliah sejak 18 Mac lalu.

Mastini merupakan pelajar peringkat diploma jurusan Rekabentuk Grafik, Politeknik Sultan Ibrahim, Pasir Gudang, Johor.

Menurut bapanya, Azmi Atan, kali terakhir beliau berjumpa Mastini adalah ketika menghantar anaknya pulang ke asrama pada 15 Mac lalu.
-astroawani.com

Tiada ulasan: