HASBULLAH AWANG CHIK
Malaysia Airlines menafikan cermin tingkap pesawatnya yang dilanggar burung pecah. - Gambar The Malaysian Insider.Tingkap pesawat Malaysia Airlines (MAS) dilanggar burung sewaktu mendarat di Nepal, Kathmandu, semua 180 penumpang dan anak kapal selamat, menurut Reuters.
Kejadian ke atas pesawat Boeing 737 itu berlaku pada Jumaat, menurut Ketua Penerbangan Awam Nepal, Ratish Chandra Lai Suman.
Burung melanggar pesawat adalah perkara biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu kerana dikelilingi hutan berbukit.
Suman berkata, pesawat itu terbang pulang setelah tingkap yang rosak dibaiki.
MAS lewat petang tadi mengeluarkan kenyataan mengesahkan kenyataan itu namun menafikan kerosakan pada tingkap.
“Semasa mendarat, pesawat diperiksa oleh jurutera bertugas. Penutup lampu mendarat didapati pecah. Pesawat ditempatkan semalaman dan kerosakan tersebut dibaik pulih.
“Harap maklum cermin tingkap tidak pecah seperti dilaporkan,” kata MAS. – 23 Mac, 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan