Abdul Rahemang Taiming
am@hmetro.com.my

LELAKI yang didakwa atas lapan pertuduhan jenayah seksual ke atas anak perempuan menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Tawau hari ini. FOTO Abdul Rahemang Taiming.
Tawau: Lelaki berusia 38 tahun yang sebelum ini mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan berkaitan jenayah seksual ke atas anak perempuannya, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Pengakuan itu masing-masing bagi dua pertuduhan rogol, lima pertuduhan amang seksual fizikal dan satu pertuduhan amang seksual bukan fizikal, direkodkan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya di Mahkamah Sesyen di sini.
Dalam prosiding 8 Jun lalu, lelaki itu mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan, tetapi menarik balik pengakuan pada prosiding hari ini dan meminta untuk dibicarakan.
Tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan merogol anak perempuannya pada November 2023 dan Februari 2024 di kawasan ladang dekat Kalabakan.
Dia juga menghadapi lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa antara Februari 2024 hingga Oktober 2025 di beberapa lokasi berasingan sekitar daerah ini.
Selain itu tertuduh berhadapan satu pertuduhan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa pada Julai 2024.
Semua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 dan Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin memohon tarikh baharu bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Julai depan untuk serahan dokumen, pelantikan peguam serta pengurusan kes selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan