"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Azimah hubungi rakan tanya cara kahwini warga Arab sebelum dilaporkan hilang


Ibu tunggal Nor Azimah Ibrahim yang hilang di Madinah, pernah menghubungi kenalannya di Tanah Suci untuk mengetahui proses perkahwinan dengan warga Arab Saudi atau rakyat Malaysia yang menetap di sana.

Ibu tunggal Nor Azimah Ibrahim yang hilang di Madinah, pernah menghubungi kenalannya di Tanah Suci untuk mengetahui proses perkahwinan dengan warga Arab Saudi atau rakyat Malaysia yang menetap di sana.

Abdul Aziz Abas, yang kini menetap di Madinah mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana di Universiti Islam Madinah, berkata Nor Azimah menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp bertanyakan perkara berkenaan, beberapa hari sebelum dia dilaporkan hilang.

"Bila dia yang bercakap begitu, saya menjadi takut...sebab, nanti susah pula saya nak kena uruskan kahwin...apa semua. Saya sibuk dengan belajar, peperiksaan, buat tesis," katanya ketika dihubungi Bernama TV hari ini.

Aziz berkata Azimah, 31, adalah kenalannya semasa menuntut di sebuah kolej di Malaysia.
Aziz berkata beliau kemudian meminta Azimah menghubungi isterinya untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung proses perkahwinan itu.

"Saya kata pada Azimah untuk urusan lanjut hubungi isteri saya," katanya sambil menambah Azimah kemudian tidak lagi menghubungi beliau atau isterinya selepas itu.

Aziz berkata dia juga dipanggil memberi keterangan pihak berkuasa Arab Saudi susulan kehilangan Azimah.

Azimah yang mempunyai seorang anak perempuan dan berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember lepas.

Ibu mangsa, Zamhani Zakaria, 52, sebelum ini berkata kali terakhir dia bersama anaknya itu ialah pada 19 Disember lepas.

Zamhani yang tiba di tanah air pada 23 Disember lepas, berkata mereka sekeluarga sepatutnya pulang ke Malaysia pada 22 Disember lepas.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: