"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Saya tak tahu Nik Omar masuk Amanah – Wan Rahim

Faiz Zainudin 
PETALING JAYA: Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menjelaskan penyertaan anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Nik Omar Nik Abdul Aziz ke dalam parti itu diluar pengetahuannya.
Katanya, buat masa ini beliau tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara tersebut sebelum maklumat rasmi mengenainya diterima.

“Saya tidak boleh komen buat masa ini (penyertaan Nik Omar dalam Amanah), saya kena dapatkan maklumat terlebih dahulu.

“Apa yang diumumkan pengerusi majlis malam itu (Nordin Hussin yang juga Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan) diluar pengetahuan saya, saya kena dapatkan maklumat terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengesahkan bahawa Nik Omar telah menyertai parti serpihan Pas itu seperti yang diumumkan semasa Majlis Makan Malam Amanah Kelantan, di Petaling Jaya pada Jumaat.

Bagaimanapun, menerusi jawapan segera, Nik Omar menafikan dakwaan tersebut.

Katanya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.

Tiada ulasan: