"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak penyanyi era 80-an didakwa curi motosikal

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan mengesahkan anak remaja seorang penyanyi wanita era 80-an ditangkap ketika didakwa sedang cuba mencuri motosikal di Putrajaya baru-baru ini.

Rosly berkata remaja lelaki berusia 16 tahun itu yang merupakan anak kepada peserta peringkat separuh akhir program realiti televisyen Gegar Vaganza 2, ditangkap bersama seorang lagi remaja berusia 18 tahun.

"Kedua-duanya telah dituduh Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. Mereka mengaku tidak bersalah.

"Perbicaraan ditetapkan pada Februari 2016," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Supt Mak Pak Chuai yang bersara hari ini, kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Putrajaya, DSP Rudy Abdullah.

Kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

Mengenai kes jenayah di Putrajaya sepanjang 2015, Rosly berkata sehingga 21 Disember, indeks jenayah di daerah ini turun sebanyak 5.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara 37.5 peratus daripada kes yang ditangkap dituduh di mahkamah, katanya.

Beliau berkata tahun depan, kerjasama antara polis dan komuniti setempat akan ditingkatkan untuk menjadikan Putrajaya sebagai daerah yang sejahtera dan selamat tercapai.
-Bernama-

Tiada ulasan: