"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Prinsip PAS tergadai di Selangor

Nazuri 
pas,amanahSeperti ada yang tidak kena dengan pembahagian kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor yang menjadi tumpuan media dua tiga hari ini.

Sejak zaman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, isu pembahagian dan pemilihan ahli majlis PBT menjadi masalah terutama daripada pihak PKR apabila wujud elemen cantas-mencantas.

Kali ini, di bawah pentadbiran Menteri Besar terkacak di Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, isu pembahagian ahli majlis kembali hangat dan menjadi kontroversi.

Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bukan sebahagian daripada pentadbiran negeri seperi ‘berhalunasi’ apabila ‘menuntut hak’ mereka dengan alasan dua ADUN mereka berada dalam kerajaan Selangor – Ulu Klang dan Morib.

Akhirnya, selepas berunding, yang sebenarnya dilihat lebih kepada ‘menagih simpati’, lapan kerusi diberikan oleh PKR kepada AMANAH. Itupun hanya majlis daerah, bukan majlis perbandaran malah jauh sekali majlis bandaraya.

Sekali imbas, seakan PKR terpaksa mengalah dan ‘terkorban’ kerana 19 kerusi ahli majlis diberikan kepada PAS, DAP dan AMANAH.

Sebetulnya, PAS yang kerugian kerana terpaksa menggadai prinsip yang tidak mahu bekerjasama dengan AMANAH.

Pembahagian kerusi kepada AMANAH menandakan kerajaan Selangor telah mengiktiraf parti cebisan PAS itu sebahagian daripada kerajaan negeri.

Ini merupakan pukulan hebat untuk PAS. Tak mustahil mereka pula dipujuk untuk korbankan kerusi untuk AMANAH pada PRU14 nanti.

Selepas ‘serang-menyerang’ antara kedua-dua pihak sehingga timbul tuduhan parti ala-ISIS, PAS akhirnya terpaksa tunduk kepada AMANAH walaupun tiada kerusi ahli majlis yang dikorbankan.

Tatkala ini, sudah kedengaran suara-suara tidak puas hati dalam kalangan penyokong PAS. Jika Datuk Iskandar Samad menerima tawaran menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim, masalah PAS tertindas pasti tidak berlaku.

Kerana terlalu setia dengan Pakatan Rakyat (pada waktu itu), PAS akhirnya diperkotak-katik dan berpecah belah. Takziah untuk PAS.
-fmt-

Tiada ulasan: