"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Guru disiplin jentik kemaluan pelajar dengan getah

Nizam Bakeri
KUALA PILAH: Hampir dua bulan berlalu namun aduan Ramlan Razak mengenai nasib anaknya di sekolah tidak dilayan sesiapa.

Dia diminta pihak sekolah untuk memindahkan anaknya ke sekolah lain. Apabila laporan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah, tiada jawapan diterima.

Tiba tahun baru 2016, Ramlan nekad dan akhirnya membuat laporan polis:

Anak lelakinya bersama seorang lagi murid telah didera oleh seorang guru dengan dipaksa membuka seluar dan kemaluan mereka dijentik guru berkenaan dengan getah.

Menurut Sinar Harian, insiden tersebut berlaku di bilik simpanan buku sebuah sekolah rendah di sini November lalu.

Ramlan turut mendakwa dua murid berkenaan turut ditampar dan kaki mereka dipijak. Mereka kemudiannya dipaksa membuat laporan bertulis mengenai kesalahan yang mereka tidak lakukan iaitu mencuri penutup nat tayar kereta guru berkenaan.

“Kalau sekadar merotan dan mencubit, saya tidak kisah tetapi bila mengaibkan mereka di hadapan rakan-rakan, ia adalah di luar batasan. Sedikit sebanyak mengganggu emosi anak saya yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini,” ujar Ramlan.

Penjaga seorang lagi mangsa, Maimunah Harun turut mengesahkan cucunya didera guru berkenaan.

“Saya bimbang pembelajaran cucu saya terganggu dek perangai guru terbabit. Tambahan pula, tiada bukti bagi menunjukkan kedua-dua murid ini mencuri penutup nat tayar kereta guru ini dan penderaan dilakukan tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan,” jelas Maimunah.

Menurut Ketua Polis Kuala Pilah, Superintenden Luqman Abdul Rahman, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

“Guru terbabit boleh didakwa atas kesalahan mencederakan, namun disebabkan tidak parah, lazimnya suspek tidak ditangkap. Selepas siasatan selesai, kes akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” tambah Luqman.
-Astro Awani-

Tiada ulasan: