"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu bauksit lebih serius berbanding vape, kata mufti Perlis

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa kecewa kerana ilmuwan agama seolah-olah memandang sepi aktiviti perlombongan bauksit sehingga mengancam manusia, alam, tumbuhan dan haiwan.

Isu pencemaran kegiatan perlombongan bauksit seharusnya diberi perhatian lebih serius berbanding isu penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape, kata Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata isu berkaitan pencemaran bauksit adalah lebih berbahaya daripada penjualan dan penggunaan vape.

"Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape, tetapi mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan bahaya?

"Alangkah baiknya, jika isu bauksit ini diberikan perhatian lebih daripada isu vape itu," " katanya dalam catatan laman Facebook beliau semalam.

Beliau turut melahirkan rasa dukacitanya apabila ilmuwan agama seolah-olah memandang sepi aktiviti perlombongan bauksit sehingga mengancam manusia, alam, tumbuhan dan haiwan.
-Bernama-

Tiada ulasan: