"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5 remaja mabuk terlampau bertindak ganas

Sibu: Lima remaja bertindak ganas apabila membaling batu bata ke arah sebuah rumah di Taman Kristal, Sibu Jaya malam tadi, dipercayai kerana tidak berpuas hati selepas ditegur pemiliknya ekoran membuat bising.

Kejadian kira-kira 11.15 malam itu turut menyebabkan dahi pemilik rumah berusia 35 tahun itu dan paha ibunya, cedera terkena batu bata ketika mereka cuba menghalang tindakan kumpulan remaja terbabit.

Tindakan lima remaja yang dipercayai mabuk itu turut menyebabkan lampu pagar, cermin belakang dan nombor plat kereta milik mangsa pecah.

Mereka kemudian melarikan diri sejurus selepas insiden itu.

Sebelum kejadian, mereka dikatakan berlegar-legar di hadapan rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa dan sedang menyiasat kejadian tersebut.
-Bernama-

Tiada ulasan: