"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Pegawai Imigresen dituduh rogol, liwat anak kandung

SEREMBAN: Seorang pegawai Jabatan Imigresen Seremban dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pagi tadi atas pertuduhan merogol dan meliwat anak perempuannya berusia empat tahun.

Tertuduh, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim, Fathiyah Idris.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dan persetubuhan luar tabie terhadap anak kandungnya berusia empat tahun.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Sikamat pada akhir Oktober 2015 hingga pertengahan November 2015.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks, dia dituduh di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun, atau dengan denda atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Sementara bagi kesalahan melakukan persetubuhan luar tabie, dia dituduh di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang mensabitkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, dan boleh juga dikenakan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Noora Nisa Ngadirin, tidak membenarkan tertuduh diberi jaminan atas alasan mangsa merupakan anak tertuduh dan dia juga merupakan seorang penjawat awam.

Tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Hanif Hasan, bagaimanapun memohon tertuduh diberi jaminan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dan menetapkan 5 Februari depan untuk sebutan semula kes.
-sinarharian-p

Tiada ulasan: