"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Insiden ditumbuk: Pengantin lelaki beri penjelasan

pengantin
Kuala Lumpur: Berkaitan kes pengantin lelaki ditumbuk yang jadi viral di media sosial dalam kejadian di Masjid Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pengantin lelaki bagi menjelaskan isu sebenar yang berlaku.

Menerusi laporan polis yang dibuat oleh Nor Izzat Norazman di Balai Polis Pantai pada 26 Mac lalu menyatakan, insiden berlaku apabila abang saudara tunangnya yang tidak berpuas hati telah menumbuk mukanya.

“Sewaktu mahu beredar abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan tersebut.

“Wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.

“Abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis tersebut, saya terus keluar dari masjid itu dan abang saudara dia (tunang) telah menumbuk muka saya.

“Tiba-tba datang lagi dua lelaki Melayu dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang dan memukul saya,” katanya dalam laporan itu.

Nor Izzat turut mendakwa, rombongannya turut dipukul oleh keluarga pengantin perempuan ketika mereka cuba meleraikan pergaduhan.

Malah, kenderaan mereka dakwanya turut dirosakkan ekoran terdapat kesan kemek di beberapa bahagian.

“Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan itu, kereta rombongan saya juga dipukul oleh mereka sehingga ada kesan kemek,” katanya.

Menurut Nor Izzat, dia membuat laporan polis untuk menuntut semula gantirugi bagi semua perbelanjaan majlis nikah yang mana kesemua itu adalah duit simpanannya sendiri

Kejadian yang berlaku di perkarangan Masjid Jamek Al Khadijah itu sebelum ini turut menyebabkan seorang wanita yang mengaku saudara kepada pengantin perempuan tampil memberi penjelasan menerusi kejadian yang berlaku.

Penjelasan tersebut bagaimanapun dipetik daripada imam yang sepatutnya menikahkan pasangan terbabit dengan mengatakan “pergaduhan terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak perempuan,” katanya. 
– Mynewshub

Tiada ulasan: