"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita hamil maut kepala tersangkut pagar (Gambar)

Xx Wanita hamil maut kepala tersangkut pagarcall
Wanita hamil maut kepala tersangkut pagar Kepala wanita itu yang tersangkut pada pagar.
SHAANXI - CHINA. Seorang wanita hamil maut selepas kepalanya tersangkut pada pagar besi, lapor CCTV News.

Menurut seorang saksi yang bekerja di gedung membeli belah berdekatan lokasi kejadian, wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu kelihatan seperti pening dan cuba menyandar pada pagar berkenaan.

"Namun dia tiba-tiba pengsan sehingga menyebabkan kepalanya tersangkut kepada besi pada pagar berkenaan," katanya.

Wanita itu cuba diselamatkan pejalan kaki yang berada di lokasi kejadian dengan cuba menarik pagar tersebut namun gagal.

Seorang pegawai perubatan dari Hospital Perubatan Tradisional China di Mizhi County berkata, wanita itu berada di dalam keadaan tenat sebaik tiba di hospital dan doktor sedaya upaya cuba menyelamatkan wanita itu dan kandungannya namun gagal.

Pegawai berkata, punca wanita itu pengsan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kepalanya tersangkut pada pagar tersebut bagaimanapun masih belum diketahui, namun tidak menolak kemungkinan akibat tekanan darah tinggi.

"Bedah siasat diperlukan untuk mengetahui punca sebenar kematian," kata pegawai Biro Keselamatan Awam Wilayah Mizhi sambil menambah kes tersebut masih dalam siasatan dan menolak kemungkinan ia adalah kes pembunuhan.

Tiada ulasan: