"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ayah artis wanita terkemuka ini hidup mengemis (Gambar)

Marshanda
Foto lelaki berkenaan dikatakan mirip dengan ayah kandung Marshanda – Foto detik.com
SEORANG gelandangan yang sudah lama menetap di kaki lima berhampiran daerah JI Bangka, Jakarta Selatan, Irwan Yusuf, mengaku sebagai ayah kandung kepada artis terkemuka Indonesia, Marshanda atau lebih dikenali sebagai Chacha.

Difahamkan, Irwan ditahan oleh petugas Pelayanan, Pengawasan, dan Pengendalian Sosial (P3S) Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan ketika tengah mengemis di Jalan Bangka, Jakar Selatan pada Jumaat lalu.

“Ketika kami menahannya, masyarakat di sekitar memaklumkan dia sudah lama mengemis di daerah tersebut,” kata Ketua Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan, Mursyidin seperti dipetik oleh detik.com.

Buat masa ini, Irwan dibawa ke Panti Sosial Bina Insan Bangun Daya, Cipayung, Jakarta Timur bagi mendapat rawatan sementara menunggu ahli keluarga terdekat untuk membawanya pulang.

Hingga kini, masih belum ada sebarang pengesahan dari pihak Marshanda mengenai perkara tersebut namun menerusi foto yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan lelaki terbabit sememangnya mirip dengan ayah kandung artis terkemuka itu.
-sinarharian-

Tiada ulasan: