"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Penerbangan pesawat AirAsia gara-gara bunyi getaran alat mainan seks


Sebuah pesawat AirAsia bersedia untuk berlepas di lapangan terbang Don Mueang di Bangkok pada 29 Jun 2016. - Foto Reuters
BANGKOK - THAILAND. Penerbangan domestik AirAsia dari Chiang Mai ke Don Mueang ke Bangkok ditunda seketika berpunca daripada bunyi getaran alat mainan seks yang disangka adalah sebuah bom.

Memetik laporan Daily Star, getaran itu telah menyebabkan suasana di dalam pesawat bertukar panik apabila kakitangan pesawat mendengar dengungan yang kuat daripada sebuah beg sandang berwarna hijau.

Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, petugas pesawat meminta bantuan pakar pemusnah bom ke landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai untuk mengesahkan perkara itu.

"Tetapi mereka menarik nafas lega apabila sebaik sahaja beg itu dibuka ternyata punca bunyi getaran itu hanyalah daripada alat mainan seks," kata petugas pesawat.

Penerbangan itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai Thailand ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Don Mueang pada jam 8:25 pagi pada hari Rabu.

Ia berlepas sejurus selepas 8:30 pagi kemudian.

Jurucakap Thai AirAsia berkata, syarikat penerbangan itu tidak merampas barang itu kerana ia tidak mengancam keselamatan penerbangan.

"Penerbangan itu tertunda selama lima minit," kata jurucakap itu memberitahu Daily Star.

Tiada ulasan: