"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Padah tuduh isteri berzina

Riyadh: Gara-gara menuduh isteri berzina, seorang lelaki dijatuhi hukuman 80 sebatan apabila gagal membawa empat saksi seperti dikehendaki undang-undang Syariah.

Mahkamah di Riyadh turut menjatuhkan hukuman sama terhadap ejen lelaki berkenaan yang menyampaikan tuduhan itu ketika perbicaraan.

Berikutan keputusan yang menyatakan keterangan mereka di mahkamah tidak boleh dipercayai dan mereka membuat tuduhan palsu, kedua-duanya tidak dibenarkan menduduki jawatan awam di negara itu atau membentangkan sebarang keterangan terhadap sebarang isu.

Menurut dokumen kes, lelaki terbabit memfailkan kes mendapatkan hak penjagaan anak daripada isterinya berikutan perceraian mereka lebih setahun lalu.

Ketika perbicaraan, lelaki itu meminta seorang lelaki lain mewakilinya apabila beliau tidak dapat hadir di mahkamah dan menyampaikan pandangan dan hujahnya.

Antara hujah yang digunakan lelaki terbabit dan dibentangkan di mahkamah oleh wakilnya ialah isterinya pernah berzina dan tidak boleh menjadi ibu yang baik kepada anak mereka, memberi didikan kepada kanak-kanak terbabit, menggesa hak penjagaan diberikan kepadanya, lapor akhbar Al Watan.

Wanita berkenaan menafikan dakwaan dan peguamnya menyaman kedua-dua lelaki itu kerana menuduhnya berzina.

Hakim meminta suami dan wakilnya yang menyokong dakwaan itu mengemukakan empat saksi seperti diminta undang-undang Syariah.

Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian dan wakilnya berkata dia cuma menyampaikan apa yang didengar.

Hakim berkata, beliau tidak percaya dan mengarahkan kedua-dua defendan dihukum 80 sebatan kerana tuduhan tidak berasas itu
-kualalumpurpost 

Tiada ulasan: