"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Di mana Dr Mahathir kalau Zahid jadi PM…

Timmy Say 

Sebagai timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ialah orang paling layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, jika dilihat melalui struktur organisasi Umno dan BN.

Katakanlah, Zahid berjaya menggantikan Najib, apakah yang akan terjadi kepada perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad di Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)?

Apakah Dr Mahathir masih akan meneruskan perjuangannya untuk menjatuhkan Umno?
Apakah Dr Mahathir akan terus melabel Umno sebagai rosak?

Apakah Dr Mahathir masih akan berkawan dengan DAP dan Lim Kit Siang untuk “menyelamatkan Malaysia” daripada bahaya? Bahaya apa memandangkan Najib sudah tidak lagi menjadi PM?

Apakah Dr Mahathir akan memusuhi Zahid dan mengganggapnya penyambung kerja Najib, dan oleh itu Umno perlu terus dimusuhi sehingga ia jatuh ke tangan pembangkang yang didominasi DAP?

Apakah Dr Mahathir akan kembali kepada Umno bersama anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika Zahid menawarkan salam pendamaian?

Jika ya, apakah Dr Mahathir akan menukar nadanya kembali ke zaman beliau bersama Perkasa dan Datuk Ibrahim Ali ketika masih berkawan dengan Najib?

Ketika itu, apakah Dr Mahathir masih mahukan pembangkang yang bersatu untuk menghadapi BN, sedangkan beliau tahu formula pembangkang berpecah adalah antara faktor utama beliau terus menerajui BN tanpa masalah selama 22 tahun walaupun pernah berdepan dengan skandal sebesar Bumiputera Malaysia Finance (BMF)?

Apakah Dr Mahathir akan menekan Zahid berkenaan 1MDB, atau menyuruh rakyat “move on” daripada terus dibelenggu isu 1MDB?

Apakah PPBM akan dibubarkan seperti Semangat 46 memandangkan matlamat menurunkan Najib sudah tercapai walaupun bukan kerana usaha sendiri?

Begitulah soalan yang bermain di minda para pemerhati politik terhadap perjuangan Dr Mahathir di PPBM untuk melawan Najib.

Ramai yang ingin tahu sejauh mana komitmen Dr Mahathir untuk menjatuhkan Umno-BN dan digantikan dengan pembangkang yang dibencinya berdekad-dekad.

Apakah komitmen itu sekadar sampai Najib diturunkan sahaja?

Ataupun komitmen itu akan diteruskan sehingga Mukhriz mendapat tempat yang “sesuai” dengan statusnya di dalam politik?

Kesemua ini meskipun Dr Mahathir menjawabnya, seperti yang kita tahu, kebenaran cakap-cakap politik hanya dapat dinilai ketika segalanya berlaku.

Tiada ulasan: