"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Genap setahun kebiadaban Umno Kedah kepada Tuanku Sultan Kedah

DATUK MAHFUZ OMAR
Hari ini dalam sejarah apabila setahun yang lalu tanggal 20 Januari 2016 iaitu pada hari ke-4 rakyat Kedah menyambut dan merayakan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah yang ke-88 dikejutkan dengan satu sidang media Umno Kedah diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Kedah sekarang.

Ketika itu beliau sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah bersama 11 Ketua Bahagian Umno serta wakil rakyat dari Umno Kedah menyatakan pemimpin Umno negeri telah 'hilang keyakinan' dengan kepimpinan Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri,”kata Ahmad Bashah dalam sidang akhbar di di Grand Alora Hotel, Alor Setar.

Tindakan Ahmad Bashah dan Umno Kedah telah mencetuskan krisis politik yang membawa penyingkiran Mukhriz sebagai MB Kedah hanya atas hujah kegagalan Mukhriz untuk menyatukan parti, kekurangan perancangan strategik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kegagalannya memimpin dan menggerakkan jentera parti serta ketidak-upayaannya menguruskan pentadbiran negeri dengan berkesan yang membawa maksud Mukhriz tidak menjaga Umno Kedah.

Tindakan Ahmad Bashah dan Umno Kedah yang mengikut telunjuk Putrajaya sangat tidak menghormati situasi semasa rakyat Kedah serta tidak beradab dengan Tuanku Sultan yang sedang menyambut Ulangtahun Keputeraan baginda.

Penyingkiran Mukhriz berlaku selepas beliau memberi ucapan sembah taat setia mewakili kerajaan dan rakyat di hari ulangtahun keputeraan Tuanku Sultan yang ke-88 pada tahun 2016.

Mukhriz menjadi sasaran berikutan percubaan terbuka bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Tiada kesalahan besar yang Mukhriz lakukan,hanya kerana tidak jaga Umno dan tidak ada projek untuk kroni Umno,sedangkan yang rakyat tidak lagi percaya ialah PM Najib.

Hingga kini Najib gagal menjelaskan isu 1MDB,RM2.6 bilion,RM42 milion dalam akaun peribadi MO1 dan pelbagai isu yang membawa kepada beban ditanggung rakyat seperti GST,kejatuhan nilai ringgit hingga menyebabkan kesan kenaikan harga barang.

Tetapi kerana dendam dan 'panas telinga' Najib pada Tun Mahathir yang banyak mengkritik beliau maka Mukhriz menjadi mangsa politik jijik untuk regim Najib terus mencengkam dan kekal berkuasa".

Malang bagi rakyat Kedah yang kini memiliki Menteri Besar dan kerajaan yang tidak bermaruah.Menteri Besar dan Kerajaan yang hanya berdiri dan terbina dari 'rampasan kuasa' yang mana Menteri Besar dan Kerajaan yang hanya mengikut telunjuk Putrajaya semata-mata demi mementingkan 'perut' Umno dari rakyat.

Puaslah hati Najib yang datang ke Kedah pada 17 Januari 2017 lalu untuk merayakan genap setahun rampasan kuasa dari Mukhriz.

Hakikatnya hari ini ulang tahun genap setahun kebiadaban Umno dengan mencemar Tuanku Sultan Kedah di hari dan bulan perayaan keputeraan Tuanku Sultan Kedah yang ke-88 pada tahun 2016.

'KEDAH MENANGIS'* kerana Umno tidak pernah memohon maaf kepada Tuanku Sultan dan Rakyat Kedah.

* Penulis Datuk Mahfuz Omar adalah Ahli Parlimen Pas Pokok Sena.

Tiada ulasan: