"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Jika Pakatan menang lagi di Selangor, PAS tiada peranan’

Adam Abu Bakar 
PETALING JAYA: Amanah berkata ia akan menggantikan PAS dalam sebarang kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Harapan (PH) sekiranya menang lagi di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, ia juga akan menyaksikan PAS tidak lagi menjadi sebahagian kerajaan negeri Selangor seperti sekarang, di mana ia masih diwakili dalam kerajaan campuran yang turut melibatkan musuhnya DAP.

“Selagi mana PAS tidak masuk dalam PH, kita tidak akan ambil kira mereka,” katanya kepada FMT.

PH yang menyatukan PKR, DAP dan Amanah di samping kerjasama dengan PPBM, menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur ekoran perselisihan PAS dan DAP.

Amanah ditubuhkan pada lewat 2015, selepas kemenangan puak yang mahu PAS lebih tegas mempertahankan matlamatnya melaksanakan undang-undang syariah yang lengkap dengan hudud, sesuatu yang tidak dipersetujui rakan komponen lain.

PAS kini mempunyai 13 kerusi daripada 56 kerusi negeri di Selangor, manakala 3 daripada exco negeri diwakili parti itu.

Negeri itu ditawan daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2008, dan sekali lagi dengan majoriti lebih besar pada 2013.

Salahuddin berkata, PAS kini berdiam diri dan tersangkut dalam isu melibatkan Selangor kerana parti Islam itu mempunyai kepentingan dan masih lagi memegang tampuk kuasa di peringkat exco.

“Mereka tersangkut di situ kerana kuasa, bukan demi akidah sangat. Yang lain mereka maki hamun, tetapi di Selangor tidak, ia kerana mereka ada kuasa,” katanya.

Masa depan Umno

Salahuddin berkata salah satu sebab utama Pakatan akan terus memerintah Selangor adalah disebabkan kurangnya pemimpin berkaliber BN, khususnya Umno.

“Jangankan di Selangor, jika kita lihat di peringkat persekutuan, selepas Datuk Seri Najib Razak, siapa penggantinya? Bariskan siapa yang layak mengambil alih.

“Mereka (Umno dan BN) tidak ada pemimpin yang menyakinkan. Jika di Selangor, Datuk Seri Jamal Yunos lebih popular daripada Tan Sri Noh Omar,” katanya merujuk Jamal, ketua Umno Sungai Besar, dan Noh yang mengetuai Umno Selangor.

Salahuddin berkata apabila PAS tidak bersama PH, Amanah sebagai parti yang turut membawa ciri “Islamik” bertanggungjawab memenuhi kekosongan ditinggalkan PAS.

Tiada ulasan: