"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Macam-macam hal ada: Lelaki buang kekasih curang dalam tong sampah (Gambar)

Moscow: Seorang lelaki dirakam mencampakkan teman wanitanya ke dalam tong sampah selepas menuduh mangsa bersikap curang terhadapnya.

Rakaman yang dimuat naik ke media sosial di Russia menunjukkan lelaki itu menarik wanita berkenaan dari rumahnya sebelum menyeberang jalan menuju ke tong sampah.

Dia kemudian membuka tong sampah itu dan memasukkan wanita terbabit, kepala dulu, ke dalamnya.

Bagaimanapun, usaha kali pertamanya gagal menyebabkan dia mengangkat wanita itu dengan memegang pinggangnya dan mencampakkannya ke dalam sekali lagi.

Selepas berjaya, dia berpatah balik ke rumahnya, meninggalkan mangsa di dalam tong sampah itu.

Kejadian berlaku di Russia. Bagaimanapun, lokasi sebenar tidak diketahui.

Setakat ini tidak diketahui sama ada kejadian itu dilaporkan kepada polis atau tidak.

Nasib wanita itu juga tidak diketahui. - Agensi/hmetro

Tiada ulasan: