"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Wanita cetus kecoh, tunggang motorsikal berbogel (Gambar)


Pontianak (Kalimantan Barat) – Seorang wanita mencetuskan kekecohan di sini apabila dia menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Orang awam yang melihat wanita berkenaan menahan dan menyerahkannya kepada polis.

Menurut laporan Liputan6.com, wanita berusia kira-kira 28 tahun itu berasal dari Sukabumim, Jawa Barat dan dikenali dengan singkatan nama R atau D.

Dia ditahan di jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Supadio Pontianak.

Seorang kakitangan lapangan terbang, Fira Meydar mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut Fira, pihaknya menahan wanita terbabit pada 12.45 (waktu tempatan) tengah hari semalam.

Dalam keterangannya kepada polis, wanita itu berkata, dia bekerja di bandar Pontianak sejak setahun lalu dan menetap di rumah sewa.

Dalam pada itu, Fira berkata, dia dimaklumkan wanita terbabit sering merasa ketakutan sejak dua bulan lalu.

“Pada hari kejadian, dia keluar rumah dan menunggang motosikal dengan hanya memakai telekung. Tetapi dalam perjalanan itu, dia membuang telekungnya dan hanya berbogel sebelum ditahan oleh orang awam dan diserahkan kepada polis.

“Dia dikatakan memberitahu polis bahawa dia ingin membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke Sukabumi,” kata Fira.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: