"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

‘Kedudukan Khalid sebagai ahli Parlimen tak terjejas’

V Anbalagan 
PETALING JAYA: Khalid Abdul Samad yang didenda atas kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah, boleh terus menjadi ahli Parlimen Shah Alam kerana beliau sekadar melakukan kesalahan agama, kata seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, kesalahan dilakukan Khalid itu bukan kesalahan jenayah seperti diluluskan Parlimen dan dijatuhkan hukum melalui mahkamah yang diiktiraf di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Parlimen mempunyai kuasa untuk mewujudkan kesalahan dan menentukan hukuman mengikut Jadual Kesembilan, Senarai 1 Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah itu (Mahkamah Rendah Syariah Klang) bukan sebuah mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan,” katanya kepada FMT.

Mahkamah 3 peringkat yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan adalah Mahkamah Tinggi (Malaya, Sabah dan Sarawak), Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Pandangan saya ialah sabitan Khalid tidak memberi kesan kepada kedudukannya sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Di bawah Senarai 11 Perlembagaan, Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh meluluskan undang-undang dan menetapkan hukuman terhadap umat Islam yang menentang “ajaran Islam”.

Sri Ram berkata demikian sebagai mengulas sabitan Khalid oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini.

Khalid didenda RM2,900 atau 3 bulan penjara. Dia kemudiannya membayar denda itu, tetapi menegaskan akan memfailkan rayuan berhubung sabitan dan hukuman itu di Mahkamah Tinggi Syariah, esok.

Pengarah komunikasi Amanah itu didakwa di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) kerana berucap di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, antara 10 malam hingga 11.50 malam pada 16 Ogos 2011.

Khalid berkata, beliau dijemput ke surau itu untuk menceritakan pengalamannya ketika mengunjungi Palestin dan bukannya menyampaikan ceramah agama.

Pengarah komunikasi Amanah itu berkata, beliau sekadar menjalankan tanggungjawab untuk menceritakan pengalamannya di Gaza seperti dipesan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen akan hilang kelayakan selama 5 tahun, jika beliau sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

Sri Ram berkata, sabitan oleh mahkamah seperti yang dinyatakan dalam Perkara 48, perlu merujuk kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan.

“Oleh itu, Perkara 48 perlu dibaca bersama Perkara 121 Perlembagaan.”

Tiada ulasan: