"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mulai minggu ini Exco PAS di Selangor tidak akan hadir mesyuarat kerana kehadiran Exco DAP?

Iskandar mahu beritahu Azmin, tidak akan hadir mesyuarat Exco Selangor
BORHAN AHMAD
Kerusi Iskandar kekal kosong di majlis pelancaran Bersatu Sabtu lepas.
Kerusi Iskandar kekal kosong di majlis pelancaran Bersatu Sabtu lepas.
Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad bahawa tindakan parti itu tidak hadir ke majlis pelancaran Bersatu baru-baru ini kerana adanya DAP dan Amanah di situ membayangkan beliau dan Exco kerajaan negeri Selangor dari Pas tidak akan hadir dalam mesyuarat Exco Selangor akan datang.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Iskandar itu seolah-olah memberikan makluman awal kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, beliau dan Exco dari Pas yang lain tidak akan hadir dalam mesyuarat exco akan datang jika Exco dari DAP turut serta dalam mesyuarat itu.

Selain Iskandar, Exco Selangor dari Pas adalah Datuk Yunus Hairi dan Zaidy Talib. Di samping mereka ada 3 exco dari DAP dan empat lagi dari PKR.

"Saya memohon penjelasan dari Iskandar, apakah ini yang Iskandar maksudkan ketika berkata, wakil Pas tak hadir dalam majlis pelancaran Bersatu kerana adanya wakil DAP dan Amanah di situ," kata Mahfuz kepada Malaysia Dateline.
Mahfuz mahu Iskandar memberikan penjelasan ke atas kenyataannya apakah arahan dari Pas tidak akan berada dalam majlis yang ada pemimpin DAP dan Amanah lagi.
Mahfuz mahu Iskandar memberikan penjelasan ke atas kenyataannya apakah arahan dari Pas tidak akan berada dalam majlis yang ada pemimpin DAP dan Amanah lagi.
Begitu juga di peringkat kerajaan tempatan, kata Mahfuz.

Selaku Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar seolah-olah memberikan arahan terbuka kepada ahli-ahli majlis dari Pas bahawa mereka tidak perlu hadir dalam mesyuarat majlis kerajaan tempatan selepas ini jika wakil DAP dan Amanah turut hadir.

Ini berdasarkan kenyataan beliau, wakil Pas tidak hadir ke majlis Bersatu itu kerana adanya wakil DAP dan Amanah dalam majlis itu dan keputusan ini dibuat sebulat suara oleh Pas.

"Adakah itu yang dimaksudkan oleh Iskandar ketika membuat kenyataan itu," tanya ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sinar Harian melaporkan, Pas membuat keputusan untuk tidak hadir di Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Sabtu lalu kerana kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran parti Bersatu.

Keputusan itu dipercayai dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang diadakan beberapa jam sebelum majlis pelancaran Bersatu itu.

Ketika memberikan ucapan perasmian di majlis pelancaran tu, Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke majlis itu.

Turut diumumkan adalah kedatangan Iskandar. Namun sehingga majlis berakhir, kerusi yang diperuntukkan oleh pihak penganjur untuk Iskandar kekal kosong dan berisi hanya dengan sebotol air mineral.

Ekoran itu, bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa, tindakan Pas seolah-olah menipu Bersatu apabila berjanji mahu datang tetapi tidak datang sehingga menyusahkan dan memalukan pihak penganjur.

Beliau mendakwa tindakan Pas itu bukan saja memalukan Tun Mahathir tetapi juga pembangkang secara keseluruhannya.

Tiada ulasan: