"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini srategi Najib untuk menang PRU14

RUMAH UNTUK GENERASI KEDUA FELDA MESTI DIBINA DENGAN SEGERA
Felda guna 'orang tengah' dapat dana dari China biayai projek perumahan
MALAYSIA DATELINE
Adakah Felda menggunakan orang tengah untuk mendapatkan dana daripada China bagi mendanai projek perumahannya?
Adakah Felda menggunakan orang tengah untuk mendapatkan dana daripada China bagi mendanai projek perumahannya?

Carian dan semakan yang dilakukan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di beberapa sumber mendapati syarikat yang bakal mendanai projek perumahan Felda bernilai RM1 bilion tidak mempunyai rekod dalam bidang kewangan dan dipercayai hanya menjadi pihak ketiga bagi mendapatkan dana daripada China.

Syarikat bernama Putra Star Investments Holdings Pte Ltd itu, ujar Rafizi akan memberi dana melebihi RM1 bilion untuk membolehkan Felda membina rumah-rumah generasi baru Felda seperti dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Walaupun Felda belum memberi sebarang maklumbalas, Malaysiakini semalam memetik wakil dari Putra Star Investments Holdings Pte Ltd mengesahkan perkara itu dan memaklumkan sebarang reaksi kepada pendedahan saya diserahkan kepada Felda.

"Sudah tentu persoalan yang paling besar adalah siapa sebenarnya Putra Star Investments Holdings Pte Ltd ini dan kenapa syarikat yang tiada rekod kukuh di dalam industri kewangan ini yang memeterai perjanjian pendanaan dengan Felda?" soal Rafizi yang juga Naib Presiden PKR.

Rafizi menambah, individu utama di belakang syarikat tersebut ialah warga negara Singapura, Ng Peter Titan yang menjadi pemegang saham dan juga pengarah syarikat manakala pemegang saham lain dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan beliau.

Carian yang dibuat oleh beliau mendapati Ng Peter Titan mempunyai jaringan perniagaan yang luas dengan bank dan industri di China manakala syarikat yang dimilikinya, Titan Petrotrade (2007) Pte Ltd menjalankan perniagaan menjual beli bahan mineral, minyak dan produk-produk lain.

Ng Peter Titan, ujarnya ialah jurujual yang menjadi orang tengah kepada urusan jual beli pelbagai produk di rantau Asia.

Carian beliau juga mendapati Ng Peter Titan mempunyai (atau terlibat) dengan 11 syarikat sejak tahun 1977 yang kebanyakannya telah ditutup atau tidak aktif.

"Secara umumnya syarikat-syarikat beliau terlibat di dalam urusan jual beli sebagai ejen. Beliau juga pernah mempunyai syarikat yang menjalankan aktiviti kewangan tetapi tidak diketahui statusnya sama ada masih lagi aktif (iaitu Putra Star Credit), sementara dua lagi perniagaan kewangannya telah ditutup (iaitu Crown Credit Entreprise ditutup tahun 1982 dan Japan Trade-Link ditutup tahun 2008).

"Beliau juga mempunyai syarikat yang menganjurkan konsert dan mengendalikan acara bernama Love Entertainment Group," jelasnya.

Rafizi juga mendedahkan bahawa Titan Petrotrade tidak aktif selama 6 tahun sebelum dihidupkan semula pada 22 Ogos 2016; sebulan sebelum perjanjian pendanaan dengan Felda ditandatangani.
Beliau turut menyemak nama syarikat Titan Petrotrade di pangkalan data syarikat-syarikat pesisir luar pantai yang didedahkan oleh Panama Papers dan mendapati kewujudan sebuah syarikat bernama Titan Petrotrade International Pte Ltd yang sahamnya dimiliki Sino Swiss Energy Ltd.

"Sino adalah rujukan kepada syarikat China. Salah seorang pemegang saham Sino Swiss bernama Celin Tanardi, seorang warga negara Indonesia," dedahnya.

Rafizi menambah, maklumat yang diperolehinya menunjukkan bahawa pemilik Putra Star Investments Holding, Ng Peter Titan tidak mempunyai sebarang bank atau syarikat kewangan besar yang mampu memberikan pinjaman RM1 bilion kepada Felda.

Namun jelas beliau, Ng Peter Titan mempunyai rangkaian perniagaan yang baik dengan bank-bank dari China dan sudah biasa menjadi ejen kepada urusniaga bagi pihak penjual dan pembeli.

Berdasarkan kepada fakta-fakta tersebut, beliau menggesa Najib, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad dan Pengerusi Felda Global Venture (FGV) Tan Sri Isa Samad menjawab soalan-soalan berikut:

1. Adakah Felda merancang untuk mengambil pinjaman dari bank-bank China dengan menggunakan Putra Star Investments sebagai orang tengah, untuk mengelakkan dari menjadi satu lagi kontroversi baru yang melibatkan urusniaga bersabit tanah dan anak syarikat kerajaan China?

2. Adakah Ng Peter Titan yang berkemungkinan menjadi orang tengah ini mempunyai kaitan dengan Titan Petrotrade International Pte Ltd yang dinamakan di dalam Panama Papers?

3. Adakah Felda telah melakukan semakan menyeluruh melalui “due diligence” untuk memastikan Felda dan peneroka tidak terpalit dengan rangkaian pengubahan wang haram (money laundering) yang menggunakan syarikat pesisir luar pantai seperti yang didedahkan oleh Panama Papers?

"Jika segala kepincangan sebelum ini mengejutkan, jika benar Kerajaan Malaysia dan Felda berurusan untuk mendapatkan dana dari pihak ketiga dengan menggunakan sebuah syarikat kecil sebagai ejen, itu adalah sesuatu yang mencemaskan yang memerlukan tindakan segera Bank Negara Malaysia untuk memulakan siasatan," tegas beliau.

Tiada ulasan: