"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Pelajar patah kaki lompat dari kereta, elak jadi mangsa rogol

Miri: Seorang pelajar tingkatan empat patah kaki kiri setelah berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol pada 11 pagi semalam.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat dalam kenyataan berkata remaja perempuan berusia 16 tahun itu patah kaki kerana melompat dari kereta yang ditumpangi bersama dengan dua lelaki lain semalam.

Beliau berkata seorang daripada suspek duduk bersama dengan mangsa di belakang kereta dan seorang lagi suspek, memandu ke arah Batu 1 Baram dan enggan menghantar mangsa balik ke rumah.

Semasa dalam perjalanan tersebut, suspek yang duduk bersama dengan mangsa di belakang kereta, mula mengganggu mangsa.

Kedua-dua suspek menghantar mangsa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.

“Doktor yang merawat mengesahkan mangsa mengalami patah tulang kaki kiri dan calar di kedua-dua belah tangan,” katanya.

Ibu mangsa berusia 37 tahun telah dimaklumkan mengenai kecederaan anaknya dan telah membuat laporan polis.

Kedua-dua suspek kini sedang diburu dan dipercayai bekas pelajar sebuah sekolah menengah di sini.
-Bernama

Tiada ulasan: