"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apabila Raja Bahrin difitnah

MUAMMAR QADDAFI
Raja Bahrin bersembang dengan salah seorang mangsa banjir selepas menyerahkan bantuan kepadanya. 
Sebuah portal berita internet, MyNewsHub telah mengeluarkan satu laporan berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mendakwa beliau "leka bersantai di Kota Raya London.

Sambil membawa anak dan isterinya, Noryn Aziz, bercuti mewah di ibu kota United Kingdom itu, beliau kononnya masih boleh senyum ceria ketika ribuan penduduk di kawasannya sendiri berduka di pusat penempatan sementara".

Namun dakwaan ini ternyata merupakan satu fitnah yang besar kerana Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu telah turun padang membantu mangsa banjir sejak awal tahun baru lagi, segala perkembangan aktiviti beliau turut dimuatkan di dalam akaun media sosial milik beliau.

Raja Bahrin telah memulakan lawatan seawal 1 Januari lagi iaitu melawat sekolah yang terlibat banjir di sekitar Kuala Terengganu, disusuli dengan lawatan ke pusat perpindahan mangsa banjir di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu.

Ahli Parlimen AMANAH itu juga meneruskan aktiviti lawatan dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di dewan sivik Paka , Dungun pada 5 Januari dan turut melawat ke tempat perpindahan banjir di Kampung Durian Mentagau pada hari yang sama.

Pada 6 Januari, Raja Bahrin meneruskan lawatan ke Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu bagi menziarah dan memberi bantuan kepada mangsa banjir kawasan tersebut, diikuti pemberian bantuan banjir ke Kampung Pengkalan Merbau, Sungai Tong.

Beliau turut menyampaikan bantuan banjir di Kampung Banggol Setar pada tarikh yang sama, disusuli lawatan dan pemberian bantuan mangsa banjir ke Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Pada 7 Januari 2017, Pengerusi Amanah Negeri Terengganu itu turut mengadakan lawatan dan turun sendiri memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Tasek, Bukit Payung, Marang.

Bermula awal tahun 2017 sehingga tarikh artikel ini dikeluarkan, Raja Bahrin BERADA DI MALAYSIA semasa banjir berlaku dan melawat dan memberi bantuan kepada mangsa Banjir di 6 Daerah terlibat banjir di seluruh Negeri Terengganu.

Sebarang dakwaan dan tuduhan yang mendakwa beliau bercuti mewah dan mengabaikan mangsa banjir merupakan satu fitnah jahat untuk merosakkan reputasi beliau sebagai seorang wakil rakyat.

Artikel yang telah disebar luas di media media sosial dan aplikasi komunikasi WhatApps sedikit sebanyak telah mencemarkan nama beliau dan portal terbabit wajar untuk membetulkan kembali tuduhan mereka serta mengeluarkan kenyataan permohonan maaf terhadap fitnah yang dikeluarkan.

Tiada ulasan: