"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda ini jadi popular dalam sekelip mata


Mohd Faizul Lokman, 30, setakat ini mempunyai lebih lima juta pengikut Facebook (FB) dari seluruh dunia, sejurus selepas memuat naik video dia menunggang motosikal tanpa henti dalam banjir sedalam 1.5 meter.

Kecekapan beliau mengubahsuai motosikalnya berkuasa rendah hingga mampumeredah banjir mengagumkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Anggota Parlimen Besut itu berkata daya kreativiti Mohd Faizul boleh diketengahkan untuk tujuan komersial.

Mohd Faizul atau Jijoe berkata dia tidak menyangka video itu meraih begitu ramai pengikut setelah menjadi viral di media sosial.

Sehingga pagi Sabtu, ia telah ditonton oleh seramai 5,314,058 pengikut FB dari seluruh dunia.

Menerusi klip video berdurasi 1 minit 24 saat itu Jijoe menunggang motosikal di dalam banjir sekitar Kampung Gong Chokoh, Padang Luas, Jerteh bersama kakaknya Khazuraini, 35, diiringi lagu “Jomblo Happy” dari Kumpulan Gamma 1.

Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering, Jerteh itu, motosikalnya itu telah diubahsuai enjinnya untuk digunakan dalam air.

“Video dirakam 4 Januari lalu ketika daerah Besut dilanda banjir.

“Kerana tahu dengan kepakaran saya mengubahsuai motosikal, maka kakak saya yang pulang bercuti dari ibu negara mengajak saya pergi bermain air di sebuah kawasan kelapa sawit dengan motosikal milik arwah ayah,” katanya.

Jijoe berkata, dia mengubahsuai kedudukan karburetor dan tangki minyak motosikal berkenaan ke tempat tinggi dengan diletakkan di dalam bakul dan palang motosikal.

“Apabila karburetor dan tangki minyak duk (diletakkan) di atas ia lebih selamat kerana tidak boleh dimasuki air hingga menyebabkan enjin motosikal pun tidak mati,” katanya yang bekerja sambilan sebagai mekanik motosikal dan tukang rumah.

Menurut Jijoe, lima lagi rakannya turut mengubahsuai motosikal mereka untuk bermain dan menunggang dalam banjir.
-Bernama

Tiada ulasan: