"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kisah Imam Za'aba yang dikhianati oleh PAS


KITA MAHU WALA'UN PAS SAMPAIKAN SEJARAH INI KEPADA USTAZ MAHFUZ DEWAN ULAMA PAS PUSAT.

KAMI TIDAK TERAGAK2 AKAN KEMUKAN AFIDAVIT KETERANGAN DIMAHKAMAH TINGGI UNTUK MEMBERI TAHU PAS WAJIB BERTANGGONG JAWAB. ISLAM BERPEGANG KEPADA JANJI DAN PADA SETIAP ARAHAN MEREKA.

PETISYEN PILIHANRAYA PAS PULAI.
(Jawapan Kepada Tulisan Khairul Faizi Ahmad Kamil)

1. Nama saya telah disebut oleh Sdr Khairul Faizi pada 18 Disember 2016 yg seolah-olah saya membuat keputusan secara bersendirian dalam Kes Petisyen Pilihanraya PAS Pulai tahun 2013. Malangnya Sdr Khairul Faizi tidak langsung menghubungi saya untuk mengetahui kedudukan yang sebenar.

2. Saya sebagai YDP PAS Kawasan Pulai pada waktu itu telah diarahkan oleh PAS Pusat untuk menguruskan petisyen pilihanraya PAS Pulai. Bukan tugas saya untuk menyemak sama ada itu keputusan mesyuarat PAS Pusat atau pun tidak. Saya hanya pemimpin peringkat kawasan sahaja. Saya tiada pilihan kecuali hanya patuh pada arahan PAS Pusat sahaja.

3. Imam Za'aba bersedia untuk menggunakan namanya bagi membuat petisyen pilihanraya PAS Pulai jugak atas janji yang dibuat oleh PAS Pusat dan PAS Negeri Johor yang dipimpin oleh Dato Dr Mahfoz Mohammad. Imam Za'aba dijanjikan akan ditanggung semua perbelanjaan sama ada menang atau pun kalah. Sebagai pemimpin kecil peringkat kawasan, Imam Za'aba hanya mengikut perintah sahaja.

3. Adalah tidak wajar bagi sebuah parti Islam bersikap lepas tangan atas alasan bahawa saya dan Imam Za'aba telah masuk Amanah sedangkan pada waktu itu saya bertindak atas kapasiti saya sebagai pimpinan PAS Kawasan Pulai yang hanya menurut perintah PAS Pusat sahaja. Imam Za'aba telah berkorban untuk PAS sehingga dirinya boleh di bankrapkan. Mengapa PAS pula lepas tangan?

4. Atas simpati terhadap Imam Za'aba saya membantunya. Sepatutnya Sdr Khairul Faizi menghubungi saya untuk membantu mencari dana membantu Imam Za'aba bukannya mencari alasan untuk membersihkan tangan sendiri sahaja. Ini bertentangan dengan konsep politik matang dan sejahtera.

5. Saya desak PAS Johor dan PAS Pusat bertanggungjawab terhadap Imam Za'aba. Membantu mengurangkan bebannya. Jika PAS sanggup membantu Kes Petisyen Pilihanraya PAS Nusajaya. Sepatutnya PAS bertindak sama terhadap Petisyen Pilihanraya PAS Pulai. Tiada alasan bagi PAS untuk membezakan antara keduanya.

"Janganlah kebencian kamu kepada suatu kaum sehingga kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Sesungguhnya keadilan itu lebih hampir pada ketakwaan" Al-Ma'idah - 8

Abdullah Bin Idris,
Mantan YDP PAS Pulai.
29 Disember 2016

Tiada ulasan: