"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Difahamkan, Adenan sebelum ini dimasukkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan.

Meskipun belum diketahui punca kematian beliau, Adenan sebelum ini memberitahu beliau mengalami masalah jantung sejak empat tahun lalu..

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut memberikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di laman Twitternya.

Adenan mengambil alih jawatan ketua menteri Sarawak daripada Tan Sri Taib Mahmud pada 2014.

Beliau memulakan kerjaya politik pada 1979 apabila memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang.

Beliau kemudian mengekalkan kerusi itu dalam enam pilihan raya negeri berikutnya sebelum memenangi Pilihan Raya Parlimen ke-11 bagi kerusi Batang Sadong.

Berikutan kemenangannya dalam pilihan raya parlimen, Adenan dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di peringkat persekutuan pada 2004 sebelum kembali ke arena politik Sarawak untuk bertanding pilihan raya negeri pada 2006 dan memenangi kerusi DUN Tanjung Datu.

Beliau dilantik sebagai penasihat khas kepada Ketua Menteri pada 2010, diikuti dengan pelantikan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak pada 2011 setelah berjaya mengekalkan kerusi DUN Tanjung Datu dalam pilihan raya negeri pada tahun berkenaan.

Sebelum menceburi bidang politik, Adenan pernah bergelar wartawan apabila menyertai akhbar tempatan, 'Sarawak Tribune', dan kemudian meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang di Adelaide University, Australia.
-malaysiakini

Tiada ulasan: