"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Takut diberkas polis penyanyi ‘berahi’ sembunyi beramai-ramai dalam kotak kadbod

Kuala Lumpur – Sembunyi beramai-ramai dalam kotak kadbod bagi mengelak diberkas polis. Itu taktik sekumpulan penyanyi ‘berahi’ yang dikesan menawarkan khidmat seks di sebuah premis hiburan di Segambut di sini.

Kumpulan wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing itu bagaimanapun berjaya ditemui dan diberkas Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman.

Difahamkan GRO warga asing terbabit dianggap ‘istimewa’ dalam kalangan pelanggan pusat hiburan itu berikutan pandai menyanyi sebelum disewa untuk tujuan seks.

Pakej istimewa ditawarkan itu menyebabkan pusat hiburan berkenaan menjadi tumpuan lelaki tempatan hampir saban malam.

Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan serentak turut dilakukan di sebuah pusat hiburan di Muar, Johor, yang melakukan kegiatan maksiat hampir sama.

Menurutnya, serbuan berakhir jam 4 pagi semalam mendapati, kedua-dua premis hiburan itu sudah beberapa kali diserbu namun pengusaha terbabit masih berdegil mahu menjalankan kegiatan hiburan dengan menyediakan pakej khidmat seks.

“Seramai 60 wanita GRO warga Vietnam ditahan dalam dua serbuan berkenaan.


“Pihak polis turut menahan 17 pekerja pusat hiburan itu dan seorang lelaki tempatan selepas dikesan memiliki dadah,” katanya.

Menurutnya, premis hiburan di Segambut di sini, dikesan turut menawarkan khidmat GRO bergerak yang boleh disewa dan dibawa pulang.

“Manakala premis hiburan di Sungai Abong, Muar pula, menyediakan bilik khas bagi aktiviti seks di tingkat 3 premis itu.

“Semua individu yang ditahan dalam kedua-dua operasi itu berusia lingkungan 26 hingga 37 tahun,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM9,875 bersama 13 kondom dan lapan biji pil Eramin 5.

“Kami turut merampas resit perniagaan, lesen perniagaan dan hiburan daripada kedua-dua premis itu untuk membantu siasatan.

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44 Atipsom 2007 dan Seksyen 12 akta yang sama serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959.

Selain itu katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya.
-hnetro

Tiada ulasan: