"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tukang urut dipenjara tiga tahun kerana mencabul pelancong lelaki warga British

Kota Kinabalu: Seorang tukang urut dipenjara tiga tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah mencabul seorang pelancong lelaki warga British.

Pendatang asing tanpa izin, Faizal Sintaan, 19, didakwa mencabul Maedb Joy Orsborn Fitchie, 18, ketika diurut di sebuah pusat beli-belah di sini, jam 7 malam, 4 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Tertuduh didakwa meraba kemaluan dan dada mangsa, selain memeluk serta mencium lehernya hingga meninggalkan kesan.

Ketika kejadian, mangsa cuba menolak tertuduh tetapi tidak menjerit kerana takut sebelum ke kaunter untuk membuat bayaran dan meninggalkan pusat urut berkenaan.

Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu.

Tertuduh yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, ditahan pada hari sama.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh sama dijatuhkan hukuman penjara empat tahun mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pengenalan diri.

Kedua-dua hukuman terhadap tertuduh dijalankan secara berasingan, bermula dengan hukuman mengikut Akta Imigresen.
-bharianonline

Tiada ulasan: