"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Bekas mufti T'ganu, ulama persoalkan pindaan Akta 355

Dua pakar syariah mempersoalkan rancangan pelaksanaan dan tujuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminda rang undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) @ Akta 355.

Bekas mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya dan ulama Dr Rozaimi Ramle sebaliknya mencadangkan kaedah alternatif untuk mengukuhkan mahkamah syariah dan undang-undang Islam, sama ada dengan mempunyai sistem mahkamah bersepadu untuk undang-undang syariah dan sivil atau 'mengislamkan' mahkamah sivil.

Abdul Hadi mahu meminda Akta 355 untuk menaikkan hukuman atas kesalahan syariah kepada denda RM100,000, penjara selama 30 tahun dan 100 kali sebatan.

Bercakap pada forum PKR berkaitan mengenai cadangan pindaan Akta 355, Rozaimi mempersoalkan antara lain, kekurangan butiran mengenai keperluan untuk meningkatkan hukuman.

"Saya tidak nampak justifikasi yang jelas untuk laksanakan 30 tahun penjara, RM100,000 denda. Memperkasakan mahkamah syariah bukan sahaja dengan hukuman. Perlu untuk letakkan kewajaran.

"(Ia) bebanan atas golongan yang usulkan, golongan yang pro. Saya belum lihat kewajaran itu ada," kata Rozaimi dalam forum anjuran Invoke di Kuala Lumpur, malam tadi.

Jelas beliau, meningkatkan tempoh hukuman penjara dan jumlah denda pastinya bukan hudud (undang-undang yang berdasarkan al-Quran dan hadith), tetapi sebaliknya ijtihad (undang-undang berdasarkan hujah perundangan).

"Yang hudud yang sebatan 100 kali, tetapi itupun disebut umum. Patutnya 100 sebatan (bagi) zina, 80 sebatan (bagi) qazaf (tuduhan berzina), 40 sebatan untuk minum (arak)," ujar beliau.

Hadi dan PAS bertegas pindaan berkenaan bukan undang-undang hudud, namun, Rozaimi mendakwa, ramai penyokong Akta 355 mengatakan ia sebagai hudud.

Bagi Ismail pula, soalan yang terlintas ialah sama ada pindaan kepada Akta 355 benar-benar akan memastikan keadilan dan kesaksamaan dan membuatkan agama Islam menjadi lebih menarik kepada orang lain.

Beliau memberi contoh yang bersejarah bagaimana Khalifah Ali pernah menuduh seorang Yahudi mencuri senjatanya, tetapi kalah kes itu di mahkamah syariah kerana kekurangan bukti.

"Si Yahudi begitu tersentuh begitu adilnya mahkamah Islam, dia bagi balik baju besi itu kepada (khalifah) Ali dan memeluk Islam," jelas Ismail.
-malaysiakini

Tiada ulasan: