"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Pengaruh Mahathir hilangkan undi Umno dalam PRU 14, kata pensyarah

BORHAN AHMAD
Perspektif Semasa anjuran Media Oren yang menggabungkan Dr Mazlee Malik dan Datuk Mahfuz Omar. Moderator adalah Jamzuri Ardani.Perspektif Semasa anjuran Media Oren yang menggabungkan Dr Mazlee Malik dan Datuk Mahfuz Omar. Moderator adalah Jamzuri Ardani.

Pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad sangat besar dalam menentukan siapakah yang akan mendapat undi dalam pilihan raya ke 14 akan datang terutama di kalangan pengundi Umno sebelum ini.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Mazlee Malik berkata, setiap kali pulang ke Kedah di utara dan Johor di selatan tanahair, beliau dapat rasai pengaruh bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Dr Mazlee Malik..mitos politik Melayu hanya Umno dan Pas kini boleh dicabar.Dr Mazlee Malik..mitos politik Melayu hanya Umno dan Pas kini boleh dicabar."Kalau kita pergi ke Jitra dan naik sampai ke Arau, kita dapat rasainya. Langkawi sudah gone case," kata Mazlee merujuk kepada Mahathir yang mengetuai parti Bersatu bahagian Langkawi.

Mazlee berkata demikian dalam sessi bual bicara 'Perspektif Semasa' bersama Datuk Mahfuz Omar, ahli parlimen Pokok Sena yang diterbitkan oleh Media Oren.

Ia kini menjadi tular di kalangan pengguna laman sosial khasnya Youtube dan Facebook serta Whatsapp.

Katanya, pengaruh Mahathir di Kedah dan Perlis, dari Arau hingga ke Sungai Petani sangat besar. Begitu juga di Johor khasnya di kalangan golongan veteran Umno.

"Saya orang Johor, isteri saya orang Kedah. Bila kami pulang ke kampung, saya buat servey dan mengesan arus ini," kata Mazlee.

Mahathir, pengerusi Bersatu kini dilantik sebagai penasihat Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti iaitu PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Mahfuz dalam rancangan itu berkata, orang Melayu sudah berubah dengan taraf pendidikan yang sudah meningkat kini.

"Kalau dulu 3R iaitu race, religious dan royal (kaum, agama dan raja), kini ia sudah tidak begitu lagi," katanya.

Bagi beliau, sejarah politik di negara ini sentiasa dipengaruhi oleh gabungan antara peristiwa dan tokoh semasa.

"Kali ini kita akan lihat gabungan antara 3 tokoh besar iaitu Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar dan Lim Kit Siang yang mewakili masyarakat Cina," kata Mahfuz.

Tiada ulasan: