"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Tak sekepala dengan grup lebai, Iskandar digugurkan dari kerusi pesuruhjaya S'gor

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad digugurkan daripada jawatannya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, namun, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata sebaliknya.

Takiyuddin mengatakan Iskandar 'dinaikkan pangkat'.

"Beliau dikekalkan sebagai naib presiden dan oleh itu, 'dinaikkan pangkat'," kata Takiyuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti itu selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan sama ada Iskandar telah digantikan sebagai pesuruhjaya negeri itu ekoran situasi semasa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Diminta untuk mewajarkan langkah itu, Takiyuddin berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta agar Iskandar memberi perhatian yang lebih kepada negeri ini.

"Ketiga-tiga naib presiden telah diberi tanggungjawab untuk menjaga negeri-negeri tertentu."

Takiyuddin berkata, Iskandar akan bertanggungjawab ke atas zon 'tengah dan selatan' - Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Naib Presiden yang lain iaitu Idris Ahmad dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan masing-masing mengawal selia zon utara dan pantai timur.

"Idris akan menjaga Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang manakala Mohd Amar akan menjaga Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula ditugaskan untuk mentadbir hubungan luar parti.

"Selangor bukan satu-satunya negeri yang pesuruhjayanya digantikan. Kami menggantikan pesuruhjaya Terengganu dan Johor juga," jelas Takiyuddin.
-malaysiakini

Tiada ulasan: