"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Izara kecewa dengan sebaran video tayang payudara

Nizha Periaswamy

Sejak beberapa hari yang lalu tersebar satu rakaman video menunjukkan selebriti tanahair, Izara Aishah dalam pakaian yang cukup mengaibkan.

Video yang hanya berdurasi beberapa saat dipercayai dirakam dalam sebuah majlis fesyen pada tahun lalu, menunjukkan pakaiannya yang menayangkan bahagian payudaranya .

Izara menerusi laman Instagramnya, @izaraaishahofficial menyampaikan rasa kecewa terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut selain meminta maaf atas kecuaiannya itu.

“Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan.

“Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then(maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan,” katanya dalam status Instagram.

Sungguh malang, katanya video itu muncul sewaktu dia sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

“Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya,” katanya.

Sememangnya video yang mengaibkan seperti itu pasti akan memberi imej dan persepsi negatif kepada mana-mana artis sekalipun.

Semoga Izara mahupun artis lain lebih berhati-hati selepas ini.

Tiada ulasan: