"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Pas Selangor 'kartun politik' tidak tentu hala - Mahfuz

MALAYSIA DATELINE
Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Desakan barisan Exco Pas di Selangor meletakkan jawatan semakin jelas apabila ahli parti Datuk Mahfuz Omar sendiri turut menyarankan agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama yang memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, dari segi 'moral' politiknya Pas wajib untuk memisahkan diri daripada terlibat atau bersekongkol di dalam apa jua kapasiti dengan PKR dan DAP yang didakwa oleh Pas telah mengkhianati parti itu.

"Dalam situasi yang berlaku di Selangor sekarang, Exco-Exco Pas sepatutnya meletak jawatan serta merta sebaik sahaja Majlis Syura Ulamak mengesahkan keputusan Muktamar yang telah memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tanpa perlu diminta atau dipaksa oleh sesiapa.

"Perletakan jawatan ini adalah untuk menunjukkan isyarat bahawa pendirian Pas Pusat dan Selangor selari dengan keputusan Muktamar dan Majlis Syura Ulamak di mana Pas tidak lagi dapat bersama PKR di atas alasan-alasan pemutusan tahaluf siyasi sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menempelak pendirian Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ujarnya, kelihatan masih 'ragu-ragu' di dalam mendukung keputusan Muktamar dan Majlis Syura Ulamak apabila cuba untuk menyandarkan kedudukan Exco Pas di Selangor kepada proses pelantikan Exco-Exco tersebut yang dibuat oleh Tuanku Sultan Selangor.

"Amatlah tidak wajar Tuan Ibrahim dan Pas untuk mengheret institusi raja dan mencari perlindungan politik istana semata-mata untuk mempertahankan ghanimah kedudukan Exco Pas di Selangor.

"Tuan Ibrahim selaku seorang tokoh politik kanan sepatutnya arif bahawa di dalam konteks sistem Raja Berperlembagaan, pelantikan Exco Kerajaan Negeri walaupun dibuat oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja, tetapi ianya adalah atas nasihat dan cadangan nama yang diangkat oleh Perdana Menteri atau Menteri Besar," ujarnya.

Terang Mahfuz lagi, raja-raja di dalam membuat pelantikan tersebut adalah tertakluk kepada nasihat badan Eksekutif dalam rangka melaksanakan tugas perlembagaan (constitutional duty) mereka sepertimana yang dinyatakan Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan atau di dalam konteks Negeri Selangor, merujuk kepada Artikel 53 dan 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya lagi, pertimbangan dan pilihan untuk melantik mana-mana orang yang layak untuk menjadi menteri atau anggota Exco, adalah merupakan hak dan tanggungjawab Perdana Menteri atau Menteri Besar selaku ketua kepada kerajaan dan badan Eksekutif

"Bagi saya, Tuan Ibrahim tidak perlu mengulangi ‘skrip’ yang pernah dimainkan oleh mantan-mantan Exco Kerajaan Kelantan dari Parti Melayu Semangat 46 yang enggan meletakkan jawatan Exco pada tahun 1996, walaupun pada ketika itu Semangat 46 telah memutuskan hubungan dengan Pas dan kemudiannya dibubarkan bagi membolehkan ahli-ahli parti tersebut menyertai Umno atas alasan pelantikan mereka dibuat oleh Tuanku Sultan Kelantan, selain dari dalih kononnya untuk meneruskan mandat yang diperolehi bersama Angkatan Perpaduan Ummah di dalam Pilihanraya Umum 1995," terangnya.

Justeru Mahfuz menegaskan, tidak sewajarnya Pas meletakkan beban untuk mengosongkan kerusi Exco kerajaan negeri kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Bukannya MB Azmin dan PKR yang memutuskan hubungan tetapi sebaliknya Pas yang memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR.

"Oleh itu tidak ada keperluan untuk MB Azmin nak minta Exco PAS meletakan jawatan.

Janganlah situasi di Selangor ini menjadikan *rakyat melihat Pas tidak lebih dari ‘kartun politik’ yang tidak ketentuan hala*.

Tiada ulasan: