Yasmin Ramlan
Amanah mengesahkan Khalid Samad akan meninggalkan kerusinya di Shah Alam bagi bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Oktober, 2017.
AMANAH mengesahkan Khalid Samad akan meninggalkan kerusinya di Shah Alam bagi bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Bagaimanapun, timbalan presidennya Salahuddin Ayub berkata Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) masih belum memutuskan kerusi mana pengarah komunikasi parti itu akan ditempatkan di Johor.
"Kalau Khalid (bertanding) di Johor tak semestinya dia mesti (bertanding) di JB (Johor Bahru) sebab itu kerusi PKR bukan kerusi PAS dulu," katanya di ibu pejabat Amanah di Kuala Lumpur hari ini.
Ketika ditanya sama ada ahli Parlimen Shah Alam itu akan bertanding di kerusi abangnya, Shahrir di Johor Bahru, beliau menjawab perkara itu ada kemungkinan tetapi ia akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH terlebih dulu.
"Kemungkinan... semua boleh berlaku tapi semuanya akan diputuskan oleh Pakatan Harapan.
"Kita tak akan umumkan sebelum kita dapat endorsement daripada Majlis PH. Tapi kita boleh cadangkan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan